Antarabangsa
Hubungan dua hala, ekonomi Malaysia-UAE terus berkembang
Hubungan dua hala dan ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terus berkembang dengan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara semakin meningkat.
- Hubungan dua hala dan ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terus berkembang dengan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara semakin meningkat.
- Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata UAE kekal sebagai rakan dagang dan pelabur asing terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Asia Barat.
- Menurutnya, dari Januari hingga April 2023, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara meningkat sebanyak 5.7 peratus daripada RM11.25 bilion (AS$2.67 bilion) kepada RM11.89 bilion (AS$2.70 bilion).
- “Angka pelaburan yang positif itu mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara,” katanya di New York.
New York: Hubungan dua hala dan ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) terus berkembang dengan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara semakin meningkat.
Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata UAE kekal sebagai rakan dagang dan pelabur asing terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Asia Barat.
Menurutnya, dari Januari hingga April 2023, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara meningkat sebanyak 5.7 peratus daripada RM11.25 bilion (AS$2.67 bilion) kepada RM11.89 bilion (AS$2.70 bilion).
“Angka pelaburan yang positif itu mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara,” katanya di sini.
Pada Isnin, Zambry bertemu dengan rakan sejawatnya dari UAE Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Sesi ke-78 yang berlangsung di sini.
Beliau berkata pelbagai isu telah dibincangkan termasuk Jawatankuasa Bersama antara Malaysia dan UAE serta mempercepat pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif (CEPA) sebelum lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke UAE.
Mengenai Persidangan Pihak-Pihak Konvensyen (COP28), UAE meminta sokongan Malaysia berkaitan pemeliharaan hutan bakau di bawah agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG2030), katanya.
“Insya-Allah, banyak perkara akan diumumkan semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke UAE pada masa depan,” katanya.
Sementara itu, Zambry juga turut bertemu dengan Menteri Luar dan Perdagangan Hungary Peter Szijjarto serta Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Rwanda, Vincent Biruta.
Sumber: Harian Metro
Antarabangsa
Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
- Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
- Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.
“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.
Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.
Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.
Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times
-
Kolumnis3 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini4 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR
-
Antarabangsa3 days ago
Harta benda komuniti Muslim di Telangana diserang dan dibakar perusuh