Connect with us

Terkini

Gardenia KL diminta beri penjelasan kenaikan harga 30 jenis roti

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sudah mengeluarkan notis meminta syarikat pengeluar roti Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) memberikan penjelasan berhubung kenaikan harga 30 jenis roti miliknya bermula 1 Oktober ini.

Wartawan TMT

Published

on

Gardenia KL diminta beri penjelasan kenaikan harga 30 jenis roti
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • KPDN mengeluarkan notis meminta syarikat pengeluar roti Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) memberikan penjelasan berhubung kenaikan harga 30 jenis roti miliknya bermula 1 Oktober ini.
  • “Pihak Gardenia perlu menjawab notis itu dalam tempoh enam hari sebab kita hendak tahu semua kos terlibat, sebagai contoh harga tepung digunakan, kos pengangkutan, borong dan runcit. Keseluruhan rantaian bekalan ini perlu dijelaskan,” – Timbalan Menteri

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sudah mengeluarkan notis meminta syarikat pengeluar roti Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) memberikan penjelasan berhubung kenaikan harga 30 jenis roti miliknya bermula 1 Oktober ini.

Timbalan Menteri, Fuziah Salleh, berkata syarikat berkenaan perlu menjawab notis yang dikeluarkan semalam itu, sebagai sebahagian daripada usaha pihaknya bagi mengelak berlakunya kenaikan harga yang tidak munasabah sehingga boleh membebankan rakyat.

“Pihak Gardenia perlu menjawab notis itu dalam tempoh enam hari sebab kita hendak tahu semua kos terlibat, sebagai contoh harga tepung digunakan, kos pengangkutan, borong dan runcit. Keseluruhan rantaian bekalan ini perlu dijelaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jualan Rahmah Bergerak Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Lumpur di Projek Perumahan Rakyat Disewa (PPRS) Pinggiran Putra di sini, hari ini.

Katanya, KPDN akan melakukan pengiraan secara komprehensif selepas menerima penjelasan Gardenia KL nanti, bagi menentukan sama ada kenaikan harga barangan makanan itu rasional atau tidak.

Katanya, KPDN tidak dapat menghalang sesebuah syarikat untuk menaikkan harga barangan mereka, bagaimanapun penetapan harga sebenarnya masih boleh dikawal mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan.

Gardenia KL sebelum ini mengesahkan 30 produk mereka akan mengalami kenaikan harga antara 10 dan 40 sen, selepas menyemak semula harga bagi produk terpilih; namun harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em masih kekal bagi memastikan kenaikan tidak membebankan majoriti pelanggan.

Sementara itu, dalam program Jualan Rahmah hari ini menyaksikan dua lori yang membawa muatan pelbagai barang makanan dan keperluan asas dengan nilai subsidi RM34,000 ditempatkan di kawasan PPRS berkenaan bagi memudahkan orang ramai membelinya.

Sumber- BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending