Connect with us

Antarabangsa

Empangan tidak diselenggara dengan baik punca tragedi banjir Libya

Angka korban tragedi banjir buruk akibat dua empangan pecah di Derna melonjak hampir sekali ganda kepada lebih 11,300 orang berbanding 6,000 orang yang dicatatkan petang semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Empangan tidak diselenggara dengan baik punca tragedi banjir Libya
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Angka korban tragedi banjir buruk akibat dua empangan pecah di Derna melonjak hampir sekali ganda kepada lebih 11,300 orang berbanding 6,000 orang dicatatkan petang semalam.
  • Jumlah itu disahkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Libya.
  • Pakar dipetik media Al Jazeera berpendapat faktor rasuah dan kurang penyelenggaraan infrastruktur awam serta pergolakan politik berterusan antara punca negara itu tidak bersedia untuk bencana buruk melanda.
  • Timbalan Datuk Bandar Derna berkata, empangan terbabit tidak diselenggara sepenuhnya sejak tahun 2002.
  • Laporan penyelidikan dilakukan oleh pihak Universiti Omar Al-Mukhtar tahun lalu menunjukkan keperluan mendesak bagi kerja-kerja penyelenggaraan di empangan terbabit bagi mengelak banjir besar berlaku.
  • Ahad lalu limpahan hujan dibawa oleh Taufan Daniel menyebabkan dua empangan di Derna itu pecah membanjiri bandar dengan populasi 100,000 penduduk.

LIBYA : Angka korban tragedi banjir buruk akibat dua empangan pecah di Derna melonjak hampir sekali ganda kepada lebih 11,300 orang berbanding 6,000 orang yang dicatatkan petang semalam.

Jumlah itu disahkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Libya.

Pakar yang dipetik media Al Jazeera berpendapat faktor rasuah dan kurang penyelenggaraan infrastruktur awam serta pergolakan politik yang berterusan antara punca negara itu tidak bersedia untuk bencana buruk yang melanda.

Tiada peruntukan bagi pembangunan bagi tempoh tiga tahun lalu serta projek jangka masa panjang.

Timbalan Datuk Bandar Derna dalam pada itu dilaporkan berkata, empangan terbabit tidak diselenggara sepenuhnya sejak tahun 2002.

Juga terdapat laporan penyelidikan yang dilakukan oleh pihak Universiti Omar Al-Mukhtar tahun lalu yang menunjukkan keperluan mendesak bagi kerja-kerja penyelenggaraan di empangan terbabit bagi mengelak banjir besar berlaku.

Namun tiada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak berwajib.

Advertisement

Ahad lalu limpahan hujan yang dibawa oleh Taufan Daniel menyebabkan dua empangan di Derna itu pecah membanjiri bandar dengan populasi 100,000 penduduk.

Angka korban dijangka mencecah 20,000 orang dengan ribuan lagi masih hilang. 

Sumber: Buletin TV3

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending