Terkini
CUEPACS mohon naikkan gaji penjawat awam RM300
CUEPACS memohon kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300 dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan depan, selain bonus minimum satu bulan setengah, yang kali terakhir diterima pada 2012.

- CUEPACS memohon kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300 dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan depan, bonus minimum satu bulan setengah, kali terakhir diterima pada 2012.
- Presidennya, Datuk Adnan Mat, berkata kenaikan gaji membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa dan meningkatkan gaji bersih (take-home pay) serta melegakan mereka menunggu sistem saraan baharu dilaksana pada 2025.
- Katanya, CUEPACS berharap Perdana Menteri juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pemberian bonus minimum satu bulan setengah gaji penjawat awam menerusi belanjawan bakal dibentang 13 Oktober nanti.
- “Sudah lama penjawat awam menunggu perkataan ‘bonus’, tetapi ia tidak kunjung tiba walaupun sudah lebih 11 tahun menunggu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
- Mengakui CUEPACS memahami kekangan kerajaan, beliau berkata, penjawat awam memerlukan ihsan kerajaan dengan insentif bertujuan meningkatkan motivasi dalam pekerjaan.
KUALA LUMPUR: CUEPACS memohon kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300 dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan depan, selain bonus minimum satu bulan setengah, yang kali terakhir diterima pada 2012.
Presidennya, Datuk Adnan Mat, berkata kenaikan gaji itu perlu bagi membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa dan boleh meningkatkan gaji bersih (take-home pay) serta melegakan mereka sementara menunggu sistem saraan baharu dilaksana pada 2025.
Katanya, CUEPACS juga berharap Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pemberian bonus minimum satu bulan setengah gaji kepada penjawat awam menerusi belanjawan bakal dibentang 13 Oktober nanti.
“Kali terakhir penjawat awam menerima bonus satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500 adalah pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan.
“Sudah lama penjawat awam menunggu perkataan ‘bonus’, tetapi ia tidak kunjung tiba walaupun sudah lebih 11 tahun menunggu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mengakui CUEPACS memahami kekangan kerajaan, beliau berkata, penjawat awam juga pada masa sama memerlukan ihsan kerajaan dengan insentif sedemikian bertujuan meningkatkan motivasi mereka dalam pekerjaan.
Selain itu, CUEPACS memohon kerajaan memberikan diskaun sekurang-kurangnya 30 peratus bagi pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam, sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit kelegaan kerana gaji bersih kakitangan kerajaan akan sedikit meningkat.
Katanya, CUEPACS turut memohon kerajaan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan sehingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen yang bakal diterima penjawat awam apabila bersara.
“Ketika ini, pengiraan pencen penjawat awam terhad kepada 360 bulan atau 30 tahun tempoh perkhidmatan. Bagi tempoh perkhidmatan lebih 30 tahun, pengiraan pencen bulanan diambil terus 60 peratus daripada gaji pokok akhir atau tiga perlima daripada gaji pokok akhir.
“Situasi ini mengakibatkan mereka yang berkhidmat lebih 30 tahun tidak dapat menikmati jumlah maksimum pencen berdasarkan perkhidmatan. Pengiraan baharu mampu meningkatkan kualiti hidup pesara kerajaan yang sudah memberi khidmat terbaik mereka.
“CUEPACS yakin Perdana Menteri boleh melihat perkara ini melalui Bajet 2024,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas