Antarabangsa
California kini boleh ‘rampas’ kanak-kanak transgender daripada ibu bapa
Dewan Undangan Negeri California pada Jumaat meluluskan rang undang-undang mentakrifkan semula keselamatan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dengan memasukkan identiti dan ekspresi jantina, antara lain akan menyaksikan kanak-kanak melalui transisi (perubahan jantina) tanpa kebenaran ibu bapa mereka, boleh dirampas kerajaan.
- Dewan Undangan Negeri California pada Jumaat meluluskan rang undang-undang mentakrifkan semula keselamatan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dengan memasukkan identiti dan ekspresi jantina, antara lain menyaksikan kanak-kanak melalui transisi (perubahan jantina) tanpa kebenaran ibu bapa mereka, boleh dirampas kerajaan.
- Rang Undang-undang 957 itu diterima pakai dengan undian 57-16 dan dihantar kepada Gabenor Gavin Newsom untuk ditandatangani.
- Ia menyaksikan pindaan kepada Seksyen 3011 Kod Keluarga mengenai pengesahan ibu bapa tentang identiti jantina atau ekspresi jantina sebagai sebahagian daripada kesihatan, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak.
- Wakil rakyat Republikan mengkritik cadangan itu dengan menyatakan hakim mahkamah keluarga mempunyai budi bicara untuk membuat keputusan.
- Pada bulan lalu, daerah sekolah di Bay Area membayar $100,000 untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah difailkan ibu seorang pelajar perempuan kerana mengubah jantina tanpa pengetahuan atau persetujuannya.
Dewan Undangan Negeri California pada Jumaat meluluskan rang undang-undang mentakrifkan semula keselamatan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak dengan memasukkan identiti dan ekspresi jantina, antara lain akan menyaksikan kanak-kanak melalui transisi (perubahan jantina) tanpa kebenaran ibu bapa mereka, boleh dirampas kerajaan.
Rang Undang-undang 957 itu diterima pakai dengan undian 57-16 dan dihantar kepada Gabenor Gavin Newsom untuk ditandatangani.
Ia menyaksikan pindaan kepada Seksyen 3011 Kod Keluarga mengenai pengesahan ibu bapa tentang identiti jantina atau ekspresi jantina sebagai sebahagian daripada kesihatan, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak.
Mahkamah Keluarga menggunakan piawaian kesihatan dan kesejahteraan untuk membuat keputusan tentang ibu bapa mana yang mendapat hak penjagaan anak dalam pertikaian perceraian atau kes anak mereka diambil oleh kerajaan atas penderaan atau pengabaian.
Senator negeri Scott Wiener menaja bersama rang undang-undang ‘Trans Refuge’ 2022 itu memberikan kekebalan undang-undang kepada kanak-kanak bawah umur dari negeri lain untuk mengesahkan identiti jantina mereka di California.
Wakil rakyat Republikan mengkritik cadangan itu dengan menyatakan hakim mahkamah keluarga mempunyai budi bicara untuk membuat keputusan.
Dengan hanya 18 kerusi dalam dewan undangan negeri dengan 80 wakil rakyat itu, tidak banyak yang boleh dilakukan wakil rakyat Republikan untuk menghalang rang undang-undang berkenaan.
Pada bulan lalu, daerah sekolah di Bay Area membayar $100,000 untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah difailkan ibu seorang pelajar perempuan kerana mengubah jantina tanpa pengetahuan atau persetujuannya.
Jessica Konen mendakwa Spreckels Union School District dan tiga pekerjanya merahsiakan identiti biseksual dan transgender anak perempuannya dengan merujuknya sebagai lelaki, menyuruhnya mengikat payudara dan membenarkannya menggunakan bilik mandi fakulti.
Guru-guru didakwa menggalakkan anak itu menggunakan nama lelaki, memakai pakaian lelaki, membaca artikel mengenai perubahan jantina dan tidak memberitahu ibunya tentang identiti jantina baharu atau nama baharunya.
Pelajar itu mengatakan ibunya mungkin tidak menyokongnya dan disebabkan itu dia tidak dapat mempercayai ibunya. Pada akhirnya, sekolah itu memaklumkan dia berbuat demikian kerana bimbang kerajaan mungkin akan membawa anak itu pergi.
Mac 2020, pelajar perempuan itu “mula kembali kepada dirinya yang asal” apabila California terpaksa berpindah kepada proses pembelajaran atas talian kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Sumber: RT
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times