Connect with us

Terkini

Caj QR DuitNow, Peniaga kecil, sederhana rasa dikhianati

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan konsortium terdiri daripada bank tempatan yang mengendalikan QR DuitNow digesa mempertimbangkan pengenaan kadar lebih rendah daripada 0.25 dan 0.5 peratus seperti dicadangkan.

Wartawan TMT

Published

on

Caj QR DuitNow, Peniaga kecil, sederhana rasa dikhianati
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng gesa (PayNet) dan konsortium terdiri daripada bank tempatan yang mengendalikan QR DuitNow digesa mempertimbangkan pengenaan kadar lebih rendah daripada 0.25 dan 0.5 peratus seperti dicadangkan.
  • “Jika tidak, kita boleh ramalkan bahawa peniaga hanya menerima e-dompet atau DuitNow melebihi had yang ditetapkan atau lebih teruk lagi mereka kembali kepada hanya menerima tunai.
  • “Oleh itu, ini terasa seperti pengkhianatan daripada pihak DuitNow,” – Presiden SAMENTA

KUALA LUMPUR: Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan konsortium terdiri daripada bank tempatan yang mengendalikan QR DuitNow digesa mempertimbangkan pengenaan kadar lebih rendah daripada 0.25 dan 0.5 peratus seperti dicadangkan.

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng, berkata peralihan penggunaan transaksi tanpa tunai memberi manfaat kepada semua pihak termasuk institusi perbankan kerana mengurangkan risiko dan kos berkaitan pengurusan tunai.

Malah, katanya, penggunaan urus niaga tanpa tunai juga membolehkan bank mendapat manfaat daripada ekosistem runcit dan komisen daripada kaedah pembayaran lain.

“Jika tidak, kita boleh ramalkan bahawa peniaga hanya menerima e-dompet atau DuitNow melebihi had yang ditetapkan atau lebih teruk lagi mereka kembali kepada hanya menerima tunai.

“Jika ini berlaku (pembayaran tunai), ia akan membalikkan semula manfaat dan usaha yang telah kita laksanakan untuk mendorong industri menjadi komuniti tanpa tunai,” katanya.

Ng berkata, caj kadar diskaun peniaga (MDR) yang akan dikenakan kepada peniaga untuk pembayaran diterima menerusi DuitNow adalah satu kejutan besar kepada industri.

“Walaupun kami tahu MDR atau komisen telah wujud sejak dulu lagi, ia (PayNet dan bank) seperti sewenang-wenangnya untuk mengenakan sehingga 0.5 peratus ke atas pembayaran diterima.

“Kita mesti sedar bahawa PayNet pada asasnya adalah monopoli dan peniaga tidak mempunyai pilihan selain menggunakan DuitNow selepas melaburkan sejumlah besar masa dan sumber untuk menggalakkan pelanggan membayar melalui satu QR,” katanya.

Beliau menjelaskan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, SAMENTA secara aktif menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor peruncitan serta makanan dan minuman (F&B) untuk mendigitalkan perniagaan dengan pantas dan menjadi teras untuk menerima e-dompet.

“Oleh itu, ini terasa seperti pengkhianatan daripada pihak DuitNow,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan diminta pertahan polisi sekolah tidak terima dana syarikat arak – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.
  • “Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
  • “Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).
  • “Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mempertahankan polisi itu sekalipun menerima asakan daripada mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Dr Akmal juga memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Beliau berkata jika liga bola sepak negara pun tidak membenarkan syarikat sedemikian untuk menyumbang atau membuat tajaan, apatah lagi membabitkan pihak sekolah.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).

“Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

Foto: Tangkap layar artikel dimuat naik Dr Akmal di Facebooknya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun mesti mengikut garis panduan kementerian.

Beliau turut mengulangi pentingnya mematuhi garis panduan tersebut ketika diajukan pertanyaan sama ada terdapat pengecualian bagi sekolah vernakular.

Pada masa sama, Loke juga dilaporkan berkata isu pemberian sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan penjelasan akan diberikan kepada Jemaah Menteri.

Loke berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending