Connect with us

Terkini

BERSIH sokong pengumuman Akta Pendanaan Parti Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyokong pengumuman dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, bahawa Kabinet bersetuju untuk menggubal satu Rang Undang-Undang (RUU) pendanaan politik.

Wartawan TMT

Published

on

BERSIH sokong pengumuman Akta Pendanaan Parti Politik
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyokong pengumuman dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, bahawa Kabinet bersetuju menggubal satu Rang Undang-Undang (RUU) pendanaan politik.
  • Dalam satu kenyataan, BERSIH berharap Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) atau Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi dapat melibatkan semua pihak berkepentingan secara aktif sebelum rang undang-undang itu dibentangkan ke Parlimen.
  • BERSIH berpendapat komponen akta pendanaan awam itu penting untuk meminimumkan pergantungan parti dan ahli politik kepada penderma korporat besar, yang mungkin cuba mempengaruhi dasar kerajaan atau mempunyai akses kepada kontrak kerajaan secara tidak adil.

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyokong pengumuman dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, bahawa Kabinet bersetuju untuk menggubal satu Rang Undang-Undang (RUU) pendanaan politik.

Dalam satu kenyataan, BERSIH berharap Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) atau Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi dapat melibatkan semua pihak berkepentingan secara aktif sebelum rang undang-undang itu dibentangkan ke Parlimen.

“Pertubuhan masyarakat sivil yang sekian lama aktif berkempen dan mencadangkan butiran untuk Akta Pendanaan Politik perlu dilibatkan sama. Kami turut berharap akta baharu ini juga akan memasukkan komponen untuk pembiayaan awam untuk parti politik.

“Ini memastikan akta itu bukan sahaja akan mengawal selia cara parti mendapatkan pembiayaan tetapi juga menyediakan pendanaan awam berdasarkan peratusan undi mereka pada pilihan raya lalu serta dana khas kepada parti untuk menggalakkan perwakilan wanita di Dewan Rakyat,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, BERSIH berpendapat komponen akta pendanaan awam itu penting untuk meminimumkan pergantungan parti dan ahli politik kepada penderma korporat besar, yang mungkin cuba mempengaruhi dasar kerajaan atau mempunyai akses kepada kontrak kerajaan secara tidak adil.

Terdahulu, Jemaah Menteri menetapkan tujuh pertimbangan ketetapan dasar berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) pendanaan politik antaranya mewujudkan undang-undang baharu bagi mengawal selia sumbangan politik.

Azalina berkata, perkara kedua adalah peranan pengawalseliaan dilaksanakan oleh sebuah badan berkanun Persekutuan sebagai entiti bebas dan berkecuali.

Advertisement

Sumber: Astro Awani

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending