Connect with us

Antarabangsa

Bantah iklan awam anti-LGBT, sepuluh penunjuk perasaan ditahan polis Turkiye

Polis Turkiye pada Selasa menahan sepuluh individu di Izmir yang memprotes kelulusan iklan awam anti-LGBT yang diterbitkan sebuah persatuan mempromosikan nilai kekeluargaan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Turkiye pada Selasa menahan sepuluh individu di Izmir yang memprotes kelulusan iklan awam anti-LGBT yang diterbitkan sebuah persatuan mempromosikan nilai kekeluargaan.
  • Penunjuk perasaan itu merupakan ahli kumpulan pro-LGBT Renklerin Direnişi (Resistance of the Colors) yang melakukan protes di depan pejabat Majlis Tertinggi Radio dan Televisyen (RTÜK) İzmir.
  • Kemarahan komuniti LGBT itu tercetus adalah apabila pihak berkuasa (lembaga) bertanggungjawab mendapati undi majoriti berpihak kepada tindakan untuk meluluskan iklan itu.
  • Turkish Minute melaporkan Pejabat Gabenor İzmir mengharamkan protes pro-LGBT itu dengan alasan keselamatan awam dan berkata penunjuk perasaan bertindak “bercanggah dengan moral” sewaktu protes berkenaan.
  • Iklan bertajuk “Hentikan propaganda LGBT” yang diluluskan itu diterbitkan Yayasan Keluarga İstanbul.

Polis Turkiye pada Selasa menahan sepuluh individu di Izmir yang memprotes kelulusan iklan awam anti-LGBT yang diterbitkan sebuah persatuan mempromosikan nilai kekeluargaan.

Penunjuk perasaan itu merupakan ahli kumpulan pro-LGBT Renklerin Direnişi (Resistance of the Colors) yang melakukan protes di depan pejabat Majlis Tertinggi Radio dan Televisyen (RTÜK) İzmir.

Kemarahan komuniti LGBT itu tercetus adalah apabila pihak berkuasa (lembaga) bertanggungjawab mendapati undi majoriti berpihak kepada tindakan untuk meluluskan iklan itu.

Turkish Minute melaporkan Pejabat Gabenor İzmir mengharamkan protes pro-LGBT itu dengan alasan keselamatan awam dan berkata penunjuk perasaan bertindak “bercanggah dengan moral” sewaktu protes berkenaan.

Protes itu juga dikhuatiri menjemput serangan kumpulan radikal atau kumpulan yang mempunyai pandangan bertentangan yang mengancam keselamatan awam.

Pihak Polis membubarkan kumpulan penunjuk perasaan di hadapan Terminal Feri Pasaport, Konak, membawa tahanan ke balai polis yang kemudiannya dibebaskan pada petang hari yang sama.

Iklan bertajuk “Hentikan propaganda LGBT” yang diluluskan itu diterbitkan Yayasan Keluarga İstanbul.

Iklan awam itu mempromosikan acara yang bakal diadakan di kejiranan Saraçhane, İstanbul pada 17 September ini yang menyeru pengharaman propaganda LGBT “untuk anak-anak, keluarga dan seluruh manusia”.

Sumber: Turkish Minute

Author

Antarabangsa

Jeti pelabuhan sementara $320 juta tentera AS di Gaza ‘pecah’ dibadai ombak kuat

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.
  • Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.
  • Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.

Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Pada ketika ia digunakan, ia dilaporkan menerima kira-kira 1,000 tan metrik makanan. 

Pentagon berkata akan menggantikan jeti itu tetapi tidak menjelaskan bilakah ia akan berlaku. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara tentera AS itu merupakan langkah penyelesaian rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu penghantaran bantuan menerusi laluan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending