Antarabangsa
Australia larang lakukan pembakaran
Pihak berkuasa di tenggara Australia mengeluarkan larangan ‘melakukan pembakaran sepenuhnya’ berikutan gelombang haba yang melanda kawasan itu.
- Pihak berkuasa di tenggara Australia mengeluarkan larangan ‘melakukan pembakaran sepenuhnya’ berikutan gelombang haba yang melanda kawasan itu.
- Larangan pembakaran itu merupakan yang pertama dalam tempoh tiga tahun dilaksanakan selepas negeri New South Wales (NSW) merekodkan kenaikan suhu sehingga 16 darjah Celsius, iaitu di atas purata suhu September.
- Suhu di Sydney mencecah 34.4 darjah Celsius semalam, iaitu hampir menyamai suhu yang direkodkan pada 1965 iaitu 34.6 darjah Celsius.
- Sebanyak 61 kebakaran hutan dilaporkan berlaku di seluruh NSW pada pagi semalam dengan 13 lagi belum dipadamkan.
CANBERRA: Pihak berkuasa di tenggara Australia mengeluarkan larangan ‘melakukan pembakaran sepenuhnya’ berikutan gelombang haba yang melanda kawasan itu.
Larangan pembakaran itu merupakan yang pertama dalam tempoh tiga tahun dilaksanakan selepas negeri New South Wales (NSW) merekodkan kenaikan suhu sehingga 16 darjah Celsius, iaitu di atas purata suhu September.
Suhu di Sydney mencecah 34.4 darjah Celsius semalam, iaitu hampir menyamai suhu yang direkodkan pada 1965 iaitu 34.6 darjah Celsius.
Selain itu, sebanyak 61 kebakaran hutan dilaporkan berlaku di seluruh NSW pada pagi semalam dengan 13 lagi belum dipadamkan.
“Disebabkan oleh angin kencang di kawasan South Coast, kebakaran hutan dijangka semakin teruk dalam tempoh terdekat,” menurut Perkhidmatan Bomba Luar Bandar NSW dalam kenyataan.
Dalam pada itu, ramalan kaji cuaca menjangkakan suhu terus meningkat sehingga hari ini dengan angin kencang memburukkan lagi kebakaran hutan.
Jika berterusan, keadaan itu boleh mencetuskan kebakaran hutan besar, sama seperti yang berlaku pada penghujung 2019, menyaksikan kemusnahan besar-besaran.
“Kita kini berada dalam keadaan genting dan kita perlukan semua pihak memberi kerjasama dalam menjaga keselamatan masing-masing,” kata jurucakap bomba, Rob Rogers.
Sebanyak 21 sekolah di NSW turut ditutup akibat cuaca panas dan risiko kebakaram hutan.
Pada minggu lalu, Sydney Harbour diselubungi jerebu ketika pasukan bomba bertungkus-lumus mengawal kebakaran hutan di kawasan sekitar.
Sementara itu, Biro Meteorologi Australia memberi amaran fenomena itu boleh berlangsung sehingga beberapa bulan akan datang.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times