Antarabangsa
AS sekutu tradisional, kekal pelabur utama Malaysia – PM
Meskipun wujud persaingan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China selain berlaku ketegangan di Laut China Selatan dan peningkatan ketara pelaburan China di Malaysia sejak kebelakangan ini namun, AS kekal menjadi pelabur utama negara, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

- Meskipun wujud persaingan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China selain berlaku ketegangan di Laut China Selatan dan peningkatan ketara pelaburan China di Malaysia sejak kebelakangan ini namun, AS kekal menjadi pelabur utama negara, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
- Beliau berkata, Malaysia sebuah negara merdeka justeru, mengalu-alukan perdagangan dan pelaburan daripada semua pihak.
- Pentadbiran AS dahulu dan sekarang sentiasa menyokong dan menjadi sekutu tradisional, katanya.
- “Bagi saya situasi ini meletakkan Malaysia pada kedudukan yang unik untuk memanfaatkan dan meraih faedah daripada hubungan kami dengan AS dan China,” katanya.
- Anwar, juga menteri kewangan, berkata negara memperoleh manfaat daripada pelaburan besar oleh syarikat AS seperti Amazon Web Services, Boeing dan Intel semuanya berkembang secara besar-besaran di Malaysia.
NEW YORK: Meskipun wujud persaingan antara Amerika Syarikat (AS) dengan China selain berlaku ketegangan di Laut China Selatan dan peningkatan ketara pelaburan China di Malaysia sejak kebelakangan ini namun, AS kekal menjadi pelabur utama negara, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, Malaysia ialah sebuah negara merdeka justeru, mengalu-alukan perdagangan dan pelaburan daripada semua pihak.
Pentadbiran AS dahulu dan sekarang sentiasa menyokong dan menjadi sekutu tradisional, katanya.
“Kami juga mempunyai hubungan yang sangat erat dengan China. Saya berasa selesa apabila bertemu Presiden Xi Jinping, dan telah bertemu tiga kali dengan Perdana Menteri Li Qiang,” katanya ketika sesi soal jawab pada acara Invest Malaysia New York semalam.
Terdahulu, beliau menyampaikan ucap tama Regaining Malaysia’s Lead in Asia (Mengembalikan Penerajuan Malaysia di Asia) pada acara anjuran Bursa Malaysia itu.
Anwar kini berada di sini bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.
Lebih 100 wakil daripada syarikat utama AS dan pengurus dana menghadiri acara Invest Malaysia itu.
“Bagi saya situasi ini meletakkan Malaysia pada kedudukan yang unik untuk memanfaatkan dan meraih faedah daripada hubungan kami dengan AS dan China,” katanya.
Anwar, yang juga menteri kewangan, berkata negara memperoleh manfaat daripada pelaburan besar oleh syarikat AS seperti Amazon Web Services, Boeing dan Intel yang semuanya berkembang secara besar-besaran di Malaysia.
Malaysia, kekal sebagai antara negara yang mempunyai infrastruktur terbaik di rantau ini, dan sentiasa melaksanakan langkah untuk membantu pelabur yang bimbang mengenai isu seperti aspek mudah menjalankan perniagaan, prosedur kewangan dan rasuah, katanya.
Terdahulu, Anwar mengadakan pertemuan dan interaksi bersama 15 syarikat terkemuka AS yang tersenarai dalam Fortune 500, termasuk Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, Boeing, ConocoPhillips dan Kimberly-Clark di Harvard Club.
“Kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk berkongsi Kerangka Ekonomi Madani yang disokong oleh Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta Kajian Separuh Penggal RMK-12 (Rancangan Malaysia Ke-12) yang akan menjadi panduan dalam mencapai matlamat pembangunan negara,” katanya.
Tahun lepas, AS menyumbang kepada aliran masuk bersih tertinggi ke Malaysia, dengan nilai berjumlah kira-kira RM37.8 bilion.
Pada Ogos lepas, Duta Besar AS di Malaysia Brian McFeeters (berkhidmat di Malaysia sehingga 24 Ogos 2023) berkata, syarikat AS telah membuat komitmen pelaburan bernilai RM100 bilion dalam pelbagai sektor di Malaysia sejak 18 bulan lalu.
Beliau berkata, itu merupakan pelaburan besar dalam bidang yang AS mahu memperkukuh kehadirannya, iaitu sektor elektronik dan semikonduktor, serta segmen pusat data yang merupakan bidang pertumbuhan besar.
Sumber: Free Malaysia Today
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas