Connect with us

Terkini

(VIDEO) ‘Ahli Parlimen perlu rasai keperitan rakyat, tidak wajar terima pencen’ – Tinjauan

Kebanyakan penduduk di ibu negara berpendapat adalah wajar pencen bagi semua ahli parlimen dimansuhkan namun tindakan itu tidak dipersetujui sekiranya dilakukan kepada penjawat awam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tinjauan The Merdeka Times mendapati kebanyakan penduduk di ibu negara berpendapat wajar pencen bagi semua ahli parlimen dimansuhkan namun tindakan itu tidak dipersetujui sekiranya dilakukan kepada penjawat awam.
  • Masyarakat berpandangan lebih baik perbelanjaan dikeluarkan negara demi membayar pencen ahli parlimen yang berkhidmat hanya untuk tempoh lima tahun diguna untuk pembangunan.
  • “Sebab bagi saya penjawat awam lebih banyak berkhidmat bagi negara berbanding ahli parlimen yang kadang-kadang bertukar-tukar so kalau dia (ahli parlimen) berkhidmat selama lima tahun tapi kalau dia dapat pencen selama-lamanya macam tak fair bagi penjawat awam yang dah berkhidmat untuk negara kita.
  • “Macam sekarang ini pun rakyat sedang dalam krisis ekonomi so kita kena lebih adil bagi semua rakyat Malaysia atleast ahli parlimen pun kena rasa macam mana keperitan rakyat kita rasa macam mana sama sama kita nak bangunkan negara,” kata Penasihat Takaful yang mahu dikenali sebagai Irfan.

KUALA LUMPUR — Kebanyakan penduduk di ibu negara berpendapat adalah wajar pencen bagi semua ahli parlimen dimansuhkan namun tindakan itu tidak dipersetujui sekiranya dilakukan kepada penjawat awam.

Tinjauan The Merdeka Times sekitar Kuala Lumpur mendapati masyarakat berpandangan lebih baik perbelanjaan yang dikeluarkan negara untuk membayar pencen ahli parlimen yang berkhidmat hanya untuk tempoh lima tahun diguna untuk pembangunan.

Seorang individu veteran berkata beliau setuju pencen ahli parlimen dimansuhkan kerana perbelanjaan yang perlu ditampung negara semakin bertambah saban tahun.

Katanya, hari ini perbelanjaan dikeluarkan sebanyak 35 juta namun tidak mustahil ia akan bertambah menjadi 50 juta pada masa akan datang.

Maka dengan pemansuhan pencen tersebut, wang dapat diguna bagi menguruskan rakyat dengan lebih baik.

“Ahli parlimen boleh mansuhkan (pencen) pasal lima tahun itu dia sudah dapat pendapatan yang kuat dia boleh uruskan kalau dia dah tak jadi ahli parlimen lima tahun punya pendapatan dia boleh gunakan untuk menjalankan dia punya hidup tapi penjawat awam mereka boleh diberi sedikitlah yang perlu boleh dibagilah,” kata veteran itu ketika ditemui The Merdeka Times.

Foto: Penasihat Takaful, Irfan.

Pandangan sama turut disuarakan Penasihat Takaful yang mahu dikenali sebagai Irfan, 34, yang berpendirian wajar pencen ahli parlimen dimansuhkan kerana tempoh perkhidmatan mereka singkat berbanding penjawat awam.

Katanya, penjawat awam lebih banyak berkhidmat untuk negara berbanding ahli parlimen.

Advertisement

“Sebab bagi saya penjawat awam lebih banyak berkhidmat bagi negara berbanding ahli parlimen yang kadang-kadang bertukar-tukar so kalau dia (ahli parlimen) berkhidmat selama lima tahun tapi kalau dia dapat pencen selama-lamanya macam tak fair bagi penjawat awam yang dah berkhidmat untuk negara kita.

“Macam sekarang ini pun rakyat sedang dalam krisis ekonomi so kita kena lebih adil bagi semua rakyat Malaysia atleast ahli parlimen pun kena rasa macam mana keperitan rakyat kita rasa macam mana sama sama kita nak bangunkan negara,” kata Irfan.

Pegawai syarikat swasta, Amin, 24, turut menegaskan ahli parlimen tidak selayaknya diberikan pencen susulan keadaan ekonomi dan politik hari ini yang dilihat beliau tidak stabil.

Bagaimanapun beliau berpendirian perkara itu tidak sewajarnya dilakukan kepada penjawat awam berikutan kelompok tersebut bekerja untuk mana-mana kerajaan yang terbentuk di Malaysia.

“Saya sokong penjawat awam (diberikan pencen) tapi saya tak sokong ahli parlimen punya pencenlah.

“Pencen penjawat awam ke KWSP saya sokong 100 peratus tapi kalau ahli parlimen saya tak sokong 100 peratus kerana mereka tidak deserve dengan keadaan ekonomi dan politik tidak stabil…. so saya tidak setuju ahli parlimen dapat pencen,” katanya.

Advertisement

Foto: Pegawai Swasta, Izzat.

Pandangan berbeza disuarakan seorang pegawai swasta dari Ampang bernama Izzat yang berkata kedua-dua kumpulan itu wajar diberikan pencen.

Namun, pencen itu hanya dinikmati sehingga berusia 70 tahun tidak berlanjutan kepada generasi kedua kerana pemberian wang pencen yang berlanjutan kepada waris  kumpulan berkenaan dilihat sebagai satu pembaziran.

“Dia nak kata wajar (pencen) dimansuhkan 100 peratus tidaklah bagi pendapat saya adalah sewajar-wajarnya contoh saya bekerja sebagai pegawai di mana-mana company kerajaan dan pencen itu hanya sampai saya umur 70 ke 60 dan tidak disambungkan kepada anak-beranak.

“Kalau ikutkan mereka serve kerajaan so mereka kenalah ada juga benefit mereka so bagi saya wajar (diberikan pencen) tapi bukan sampai waris-waris dia sendiri dapat itu bagi saya dah pembaziran,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan pakar ekonomi Muhammed Abdul Khalid mencadangkan semua menteri dan ahli parlimen tidak lagi diberikan pencen seperti mana mereka peroleh sekarang serta kelompok terbabit turut dicadangkan dimasukkan ke skim caruman KWSP, sama seperti orang lain.

Cadangan itu turut dipersetujui bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga mencadangkan perkara sama dilakukan terhadap penjawat awam baharu untuk mengimbangi kedudukan fiskal negara. — The Merdeka Times

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending