Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Afghanistan hanya haramkan pendidikan liberal sekular – Ulama UK

Pendidikan wanita tidak berhenti sepenuhnya di Afghanistan, sebaliknya kerajaan semasa di negara itu diterajui Taliban melarang pendidikan liberal sekular yang dianggap mengancam nilai-nilai Islam dan tradisi di Afghanistan, kata Shaykh Hamid Mahmood.

Wartawan TMT

Published

on

Afghanistan hanya haramkan pendidikan liberal sekular – Ulama UK
Foto: Shaykh Hamid Mahmood (dalam kotak).

Pendidikan wanita tidak berhenti sepenuhnya di Afghanistan, sebaliknya kerajaan semasa di negara itu diterajui Taliban melarang pendidikan liberal sekular yang dianggap mengancam nilai-nilai Islam dan tradisi di Afghanistan, kata Shaykh Hamid Mahmood.

Shaykh Hamid yang menyertai rombongan ulama dari British ke Kabul baru-baru ini berkata, ketika ini, pelajar perempuan dibenarkan belajar di peringkat sekolah rendah tetapi hanya boleh meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi mengikut laluan tertentu.

Satu video dikongsi di laman berita Muslim, 5Pillars, menunjukkan Shaykh Hamid berkata Menteri Luar Emeriyah Islam Afghanistan (IEA), Amir Khan Muttaqi memberitahu bahawa gadis-gadis Afghanistan masih mempunyai laluan berbeza untuk pendidikan sehingga ke peringkat usia universiti.

Laluan berbeza itu merujuk kepada pendidikan peringkat lebih tinggi dalam bidang perubatan, pendidikan, kemahiran dan pengajian agama (Darul Ulum) yang khusus untuk wanita. 

“Ini adalah penangguhan sementara bukan pada pendidikan, tetapi penangguhan kepada pendidikan liberal sekular,” kata Shaykh Hamid dalam klip video yang dikongsikan 5Pillars.

Isu akses pendidikan wanita menjadi duri dalam daging IEA yang menyaksikan Afghanistan tidak diiktiraf mana-mana negara sejak kejatuhan kerajaan yang disokong kuasa barat pada Ogos 2021.

Ia juga dijadikan antara alasan untuk kuasa-kuasa barat meneruskan sekatan ekonomi dan politik ke atas negara dengan 40 juta populasi itu hingga menyebabkan Afghanistan terus terbelenggu dengan krisis kemanusiaan menekan. – The Merdeka Times 

Sumber: Tolo News & 5Pillars

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Pakar media bimbang tiga menteri luar tunjuk sikap ‘dua pihak’ konflik Israel-Palestin

Profesor Pengajian Media di Institut Pengajian Siswazah Doha, Mohammad Elmasry berkata beliau bimbang dengan bahasa digunakan Menteri Luar Ireland, Sepanyol dan Norway.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Profesor Pengajian Media di Institut Pengajian Siswazah Doha, Mohammad Elmasry.
  • Profesor Pengajian Media di Institut Pengajian Siswazah Doha, Mohammad Elmasry berkata beliau bimbang dengan bahasa digunakan Menteri Luar Ireland, Sepanyol dan Norway.
  • “Saya benar-benar terkejut dengan bahasa digunakan. Ia seolah-olah mereka menerima pakai rancangan AS. Kamu boleh ambil (pandangan) ini dari sekolah hubungan antarabangsa Antony Blinken dan Joe Biden.
  • “Mereka bercakap tentang perjanjian normalisasi Saudi-Israel yang sama sekali meminggirkan rakyat Palestin. Ia salah satu sebab mengapa berlakunya (serangan) 7 Oktober,” kata Elmasry dipetik Al Jazeera.
  • Beliau juga menunjukkan sikap “kedua-dua belah pihak” dalam ucapan di mana menteri luar terbabit mengutuk keganasan Israel tetapi pada masa sama turut mengutuk “keganasan dan terrorisme warga Palestin.” 
  • “Jadi, adanya kecenderungan untuk melindungi diri daripada kemungkinan dikritik,” katanya.
  • Elmasry berkata penekanan menteri terbabit terhadap normalisasi Saudi-Israel dan masa depan Pihak Berkuasa Palestin (PA) bermasalah.

Profesor Pengajian Media di Institut Pengajian Siswazah Doha, Mohammad Elmasry berkata beliau bimbang dengan bahasa digunakan Menteri Luar Ireland, Sepanyol dan Norway.

“Saya benar-benar terkejut dengan bahasa digunakan. Ia seolah-olah mereka menerima pakai rancangan AS. Kamu boleh ambil (pandangan) ini dari sekolah hubungan antarabangsa Antony Blinken dan Joe Biden.

“Mereka bercakap tentang perjanjian normalisasi Saudi-Israel yang sama sekali meminggirkan rakyat Palestin. Ia salah satu sebab mengapa berlakunya (serangan) 7 Oktober,” kata Elmasry dipetik Al Jazeera.

Beliau juga menunjukkan sikap “kedua-dua belah pihak” dalam ucapan di mana menteri luar terbabit mengutuk keganasan Israel tetapi pada masa sama turut mengutuk “keganasan dan terrorisme warga Palestin”.

“Jadi, adanya kecenderungan untuk melindungi diri daripada kemungkinan dikritik,” katanya.

Elmasry berkata penekanan menteri terbabit terhadap normalisasi Saudi-Israel dan masa depan Pihak Berkuasa Palestin (PA) bermasalah.

“Apabila mereka bercakap mengenai pemulihan PA, inilah yang sering dirujuk pentadbiran Biden. Pertama sekali, PA adalah subkontraktor untuk pendudukan Israel dan sangat tidak popular di kalangan rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki dan Gaza,” katanya.

Elmasry berkata ia sesuatu yang paradoks untuk bercakap tentang penentuan sendiri nasib rakyat Palestin tanpa mendengar apa mereka mahukan dari segi kepimpinan.

“Dan kemudian mereka bercakap tentang penyelesaian dua negara, yang merupakan kemustahilan mutlak memandangkan lebih 700,000 peneroka Israel tinggal di tanah Palestin di lebih 200 penempatan dan pos, di mana kesemuanya adalah haram,” katanya.

“Penyelesaian dua negara dibuat mustahil oleh Israel dengan sengaja. Jadi, perkara ini sangat tidak masuk akal. Jika kamu warga Palestin yang mendengar kata-kata ini, kamu mungkin akan kecewa dengan perkataan-perkataan yang digunakan.”

Elmasry bagaimanapun berkata, dalam jangka masa panjang, langkah ini akan membantu perjuangan Palestin.

“Saya mahu jelaskan diri, (perkara) ini mungkin penting kerana sebahagian daripada program tekanan lebih besar yang dikenakan terhadap Israel. 

“Seorang diplomat Israel sebelum ini berkata Tsunami diplomatik dilemparkan kepada Israel. Saya turut fikir dalam jangka masa panjang, perkara seperti ini, walaupun ia simbolik, boleh menjadi penting,” kata Elmasry. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending