Connect with us

Terkini

86 peratus rakyat Muslim Malaysia sokong undang-undang syariah sebagai perundangan rasmi negara – Tinjauan 

Sebanyak 86 peratus penduduk Muslim di Malaysia menyokong undang-undang syariah dijadikan sebagai undang-undang rasmi negara, demikian hasil tinjauan Pew Research Center. 

Hanani Zulkifli

Published

on

86 peratus rakyat Muslim Malaysia sokong undang-undang syariah sebagai perundangan rasmi negara – Tinjauan 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebanyak 86 peratus penduduk Muslim di Malaysia menyokong undang-undang syariah dijadikan sebagai undang-undang rasmi negara, demikian hasil tinjauan Pew Research Center.
  • Skor itu meletakkan Malaysia di kedudukan pertama dalam persoalan peratusan Muslim yang menyokong atau menolak undang-undang syariah sebagai undang-undang rasmi negara atau di kawasan majoriti Muslim, yang ditanya dalam tinjauan itu membabitkan responden Muslim dari Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Thailand dan Singapura.
  • Di Indonesia, 64 peratus responden Muslim menyokong undang-undang syariah sebagai undang-undang rasmi negara.
  • Dalam tinjauan itu, responden di Malaysia dan Indonesia ditanya; Adakah kamu menyokong atau menolak undang-undang syariah sebagai  sebagai undang-undang rasmi negara?, manakala responden di Singapura, Sri Lanka dan Thailand ditanya; Adakah kamu menyokong atau menolak undang-undang syariah  dijadikan undang-undang rasmi di kawasan majoriti Muslim?
  • Tinjauan itu mendapati 71 peratus responden Muslim di Sri Lanka menyokong undang-undang syariah dijadikan undang-undang rasmi di kawasan majoriti Muslim, diikuti Thailand (67 peratus) dan Singapura (63 peratus).

KUALA LUMPUR – Sebanyak 86 peratus penduduk Muslim di Malaysia menyokong undang-undang syariah dijadikan sebagai undang-undang rasmi negara, demikian hasil tinjauan Pew Research Center

Skor itu meletakkan Malaysia di kedudukan pertama dalam persoalan peratusan Muslim yang menyokong atau menolak undang-undang syariah sebagai undang-undang rasmi negara atau di kawasan majoriti Muslim, yang ditanya dalam tinjauan itu membabitkan responden Muslim dari Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, Thailand dan Singapura.

Di Indonesia, 64 peratus responden Muslim menyokong undang-undang syariah sebagai undang-undang rasmi negara.

Dalam tinjauan itu, responden di Malaysia dan Indonesia ditanya; Adakah kamu menyokong atau menolak undang-undang syariah sebagai undang-undang rasmi negara?, manakala responden di Singapura, Sri Lanka dan Thailand ditanya; Adakah kamu menyokong atau menolak undang-undang syariah  dijadikan undang-undang rasmi di kawasan majoriti Muslim?

Tinjauan itu mendapati 71 peratus responden Muslim di Sri Lanka menyokong undang-undang syariah dijadikan undang-undang rasmi di kawasan majoriti Muslim, diikuti Thailand (67 peratus) dan Singapura (63 peratus).

Tinjauan badan pemikir non-partisan berpangkalan di Amerika Syarikat itu dijalankan di enam negara di Asia dari 1 Jun lalu hingga 4 September 2022 bagi laporan bertajuk “Buddhism, Islam and Religious Pluralism in South and Southeast Asia”.

Bagaimanapun, persoalan mengenai undang-undang syariah sebagai undang rasmi itu tidak ditanyakan kepada responden di Kemboja.

Advertisement

Di Malaysia, seramai 1,999 individu dewasa terbabit dalam tinjauan melalui temu bual telefon dengan bantuan komputer menggunakan telefon bimbit itu dari 1 Jun hingga 9 Ogos 2022 dalam bahasa Cina, Inggeris dan Melayu.

Di Malaysia mengikut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Islam diiktiraf sebagai “agama persekutuan” malah setiap negeri dibenarkan menggubal undang-undang negeri yang mengikat semua orang Islam dalam hal-hal berkaitan undang-undang keluarga Islam dan kesalahan Syariah.

Sumber: Religion and politics in South and Southeast Asia | Pew Research Center

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending