Connect with us

Terkini

8 dari 10 rakyat Malaysia tolak perkahwinan gay dan lesbian – Tinjauan

Lapan daripada sepuluh rakyat Malaysia tidak bersetuju perkahwinan gay dan lesbian dibenarkan di negara ini, demikian hasil tinjauan Pew Research Center di enam negara di Asia.

A.R. Khan

Published

on

8 dari 10 rakyat Malaysia tolak perkahwinan gay dan lesbian – Tinjauan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lapan daripada sepuluh rakyat Malaysia tidak bersetuju perkahwinan gay dan lesbian dibenarkan di negara ini, demikian hasil tinjauan Pew Research Center di enam negara di Asia.
  • Laporan tinjauan yang diterbitkan semalam itu menunjukkan 82 peratus responden Malaysia menolak perkahwinan sejenis dibenarkan mengikut undang-undang di negara ini.
  • Angka itu merupakan kedudukan kedua tertinggi dari keseluruhan enam negara yang dikaji selepas Indonesia mencatatkan jumlah 95 peratus penolakan terhadap perkahwinan sejenis.
  • Tinjauan itu menunjukkan hanya dua dari enam negara yang menunjukkan majoriti responden menyokong perkahwinan sejenis iaitu Thailand dan Kemboja yang kedua-duanya merupakan negara majoriti Buddha.
  • Ia juga mendapati negara yang menunjukkan penolakan tinggi terhadap perkahwinan sejenis adalah negara majoriti Muslim iaitu Indonesia dan Malaysia, masing-masing dengan 95 peratus dan 82 peratus penolakan.

Kuala Lumpur – Lapan daripada sepuluh rakyat Malaysia tidak bersetuju perkahwinan gay dan lesbian dibenarkan di negara ini, demikian hasil tinjauan Pew Research Center di enam negara di Asia.

Enam negara terbabit adalah Thailand, Kemboja, Singapura, Sri Lanka, Malaysia dan Indonesia.

Laporan tinjauan yang diterbitkan semalam itu menunjukkan 82 peratus responden Malaysia menolak perkahwinan sejenis dibenarkan mengikut undang-undang di negara ini.

Angka itu merupakan kedudukan kedua tertinggi dari keseluruhan enam negara yang dikaji selepas Indonesia mencatatkan jumlah 95 peratus penolakan terhadap perkahwinan sejenis.

Berdasarkan laporan itu, negara dengan penentangan terendah berkaitan perkahwinan sejenis adalah Thailand dengan hanya 32 peratus responden menolaknya (perkahwinan sejenis).

Tinjauan itu menunjukkan hanya 17 peratus dari 1,999 responden yang ditinjau di Malaysia menerima perkahwinan sejenis, diikuti negara majoriti Buddha iaitu Sri Lanka dengan catatan 23 peratus menerimanya.

Singapura pula mencatatkan 51 peratus warganya menolak perkahwinan sejenis, manakala 45 peratus menyokong.

Tinjauan itu juga menunjukkan hanya dua dari enam negara yang menunjukkan majoriti responden menyokong perkahwinan sejenis iaitu Thailand dan Kemboja yang kedua-duanya merupakan negara majoriti Buddha.

Ia juga mendapati negara yang menunjukkan penolakan tinggi terhadap perkahwinan sejenis adalah negara majoriti Muslim iaitu Indonesia dan Malaysia, masing-masing dengan 95 peratus dan 82 peratus penolakan.

Tinjauan badan pemikir non-partisan berpangkalan di AS itu dijalankan di enam negara di Asia dari 1 Jun lalu hingga 4 September 2022 bagi laporan bertajuk “Buddhism, Islam and Religious Pluralism in South and Southeast Asia”.

Di Malaysia, seramai 1,999 individu dewasa terbabit dalam tinjauan melalui temu bual telefon dengan bantuan komputer menggunakan telefon bimbit itu dari 1 Jun hingga 9 Ogos 2022 dalam bahasa Cina, Inggeris dan Melayu.

Sumber: Pew Research

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending