Connect with us

Terkini

65% penagih dadah sintetik adalah remaja dan belia

65 peratus penagih dadah yang menjalani rawatan dan pemulihan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) adalah pengguna dadah sintetik terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Wartawan TMT

Published

on

65% penagih dadah sintetik adalah remaja dan belia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 65 peratus penagih dadah menjalani rawatan dan pemulihan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) adalah pengguna dadah sintetik terdiri daripada golongan remaja dan belia.
  • Dapatan AADK mendapati pola penyalahgunaan dadah di Malaysia ketika ini sudah beralih kepada dadah jenis sintetik.
  • Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, lebih membimbangkan, pengambilan dadah jenis sintetik ini, penagih tidak lagi perlu berada di lokasi tertentu sebaliknya boleh dilakukan di rumah masing-masing.
  • “Disebabkan itu, kami berpandangan kawalan kendiri oleh institusi kekeluargaan dan masyarakat setempat amat diperlukan bagi menghadapi ancaman ini,” katanya.

KUALA LUMPUR: 65 peratus penagih dadah yang menjalani rawatan dan pemulihan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) adalah pengguna dadah sintetik terdiri daripada golongan remaja dan belia.

Dapatan AADK juga mendapati pola penyalahgunaan dadah di Malaysia ketika ini sudah beralih kepada dadah jenis sintetik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, lebih membimbangkan, pengambilan dadah jenis sintetik ini, penagih tidak lagi perlu berada di lokasi tertentu sebaliknya boleh dilakukan di rumah masing-masing.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Hari AADK Bersama Masyarakat 2023 di Pusat Komuniti Pantai Eco Park, Pantai Dalam, di sini, semalam.

Shamsul berkata, selain rupa bentuk dan pembungkusannya boleh menyerupai produk-produk biasa, penghasilan dadah sintetik juga boleh dibuat di rumah.

Malah katanya, akses mendapatkan dadah sintetik adalah amat mudah dengan hanya membuat pesanan melalui platform dalam talian dan dihantar melalui khidmat penghantaran sama seperti produk lain.

“Disebabkan itu, kami berpandangan bahawa kawalan kendiri oleh institusi kekeluargaan dan masyarakat setempat amat diperlukan bagi menghadapi ancaman ini.

“Ketua keluarga perlu menjaga rumah masing-masing sebagaimana KDN (Kementerian Dalam Negeri) mengawal negara.

“Kami yakin langkah ini akan dapat menyekat permintaan sekali gus mengurangkan permintaan kepada bekalan dadah dan bahan terlarang di negara ini,” katanya.

Sumber: Buletin Tv3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending