Connect with us

Terkini

3R: PDRM ambil tindakan berdasarkan tatacara dan peraturan

Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan membabitkan isu 3R adalah berdasarkan tatacara dan peraturan yang termaktub, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Wartawan TMT

Published

on

3R: PDRM ambil tindakan berdasarkan tatacara dan peraturan
Foto: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
  • Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mana-mana individu melakukan kesalahan membabitkan isu 3R berdasarkan tatacara dan peraturan termaktub, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
  • Ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12), beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu mengeksploitasi isu 3R tanpa mengira latar belakang, status atau kedudukan.
  • “…kita sentiasa komited dan mendukung hak kebebasan bersuara sebagaimana yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan selagi ia mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan… sebab itu, mana-mana pihak yang ingin mengelak daripada diambil tindakan, patuhilah peraturan yang ada,” katanya di Dewan Rakyat semalam. 
  • Shamsul Anuar berkata kesalahan melibatkan isu 3R dinyatakan dengan jelas dan termaktub dalam Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan (Akta 574) serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

KUALA LUMPUR: Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan membabitkan isu 3R adalah berdasarkan tatacara dan peraturan yang termaktub, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) bagi kementerian itu, beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang mengeksploitasi isu 3R tanpa mengira latar belakang, status atau kedudukan.

“Apa sahaja keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri, kita punyai tatacara dan peraturan yang termaktub dalam undang-undang sedia ada.

“…kita sentiasa komited dan mendukung hak kebebasan bersuara sebagaimana yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan selagi ia mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan… sebab itu, mana-mana pihak yang ingin mengelak daripada diambil tindakan, patuhilah peraturan yang ada,” katanya di Dewan Rakyat semalam. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang mencadangkan agar PDRM menahan pihak yang mempermain isu 3R sekiranya menerima laporan.

Shamsul Anuar berkata kesalahan melibatkan isu 3R dinyatakan dengan jelas dan termaktub dalam Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan (Akta 574) serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pihak kerajaan dan PDRM juga terbuka serta bersedia memberi penjelasan mengenai perkara itu sekiranya pihak pembangkang mahukan maklumat lanjut, katanya ketika menjawab soalan mengenai parameter berkaitan kesalahan melibatkan isu 3R yang dibangkitkan oleh Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) dan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun).

Beliau juga berkata Kementerian Dalam Negeri sedang melaksanakan kajian bagi membangunkan sistem kawalan sempadan negara yang dilengkapi sistem pengawasan terkini dan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membolehkan operasi tanpa pengawasan, proses pintar, kemudahan penyebaran serta pengawasan sepanjang masa bagi melindungi sempadan darat dan maritim.

Katanya pelaksanaan AI akan membolehkan pengesanan objek, pengurangan penggera palsu dan menyokong dalam membuat keputusan untuk meningkatkan kecekapan kawalan keselamatan sempadan.

Sumber: BERNAMA 

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending