Connect with us

Antarabangsa

30 organisasi media ditubuhkan sejak pertukaran kerajaan di Afghanistan

Hampir 30 organisasi media ditubuhkan sejak Kerajaan Emeriyah Islam Afghanistan (IEA) diterajui Taliban berkuasa di negara itu, demikian menurut Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Afghanistan.

Wartawan TMT

Published

on

30 organisasi media ditubuhkan sejak pertukaran kerajaan di Afghanistan
Foto: Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Afghanistan, Hayatullah Mahajar Farahi.
  • Hampir 30 organisasi media ditubuhkan sejak Kerajaan Emeriyah Islam Afghanistan (IEA) diterajui Taliban berkuasa di negara itu, dua tahun lalu, demikian menurut Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Afghanistan.
  • Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Afghanistan berkata pelbagai usaha sedang dijalankan kerajaan bagi menyelesaikan pelbagai cabaran dihadapi media di seluruh negara itu.
  • “Selepas Emeriyah Islam berkuasa, antara 25 hingga 30 organisasi media memulakan semula operasi. Kebanyakan darinya adalah stesen radio yang aktif di banyak kawasan di seluruh negara,” kata timbalan menteri berkenaan, Hayatullah Mahajar Farahi dipetik TOLO News pada Selasa lalu.
  • Organisasi pendokong media berkata hampir 300 organisasi media menghentikan aktiviti mereka di seluruh Afghanistan dengan 50 peratus daripadanya ditutup atas faktor cabaran ekonomi.
  • Difahamkan, majoriti organisasi media sebelum ini bergantung kepada dana asing untuk beroperasi sepertimana kebergantungan besar Republik Islam Afghanistan (IRA) kepada kuasa barat sebelum Taliban mengambil alih pentadbiran negara itu pada Ogos 2021. 

Hampir 30 organisasi media ditubuhkan sejak Kerajaan Emeriyah Islam Afghanistan (IEA) diterajui Taliban berkuasa di negara itu, demikian menurut Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Afghanistan.

Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Afghanistan berkata pelbagai usaha sedang dijalankan kerajaan bagi menyelesaikan pelbagai cabaran dihadapi media di seluruh negara itu.

“Selepas Emeriyah Islam berkuasa, antara 25 hingga 30 organisasi media memulakan semula operasi. Kebanyakan darinya adalah stesen radio yang aktif di banyak kawasan di seluruh negara,” kata timbalan menteri berkenaan, Hayatullah Mahajar Farahi dipetik TOLO News pada Selasa lalu.

Organisasi pendokong media berkata hampir 300 organisasi media menghentikan aktiviti mereka di seluruh Afghanistan dengan 50 peratus daripadanya ditutup atas faktor cabaran ekonomi.

“Hampir 50 peratus organisasi media ditutup dalam tempoh ini, dengan lebih 50 peratus masih aktif,” kata Ketua Kesatuan Wartawan Kebangsaan Afghanistan (ANJU), Masroor Lutfi.

Difahamkan, majoriti organisasi media sebelum ini bergantung kepada dana asing untuk beroperasi sepertimana kebergantungan besar Republik Islam Afghanistan (IRA) kepada kuasa barat sebelum Taliban mengambil alih pentadbiran negara itu pada Ogos 2021. 

Data terkini ANJU menunjukkan hampir 80 saluran TV, 200 stesen radio dan sekitar 10 agensi berita serta 14 organisasi media cetak masih aktif di Afghanistan.
Sumber: TOLO News

Advertisement

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending