Terkini
200,000 pelarian Rohingya diberi perlindungan di Malaysia
Malaysia menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menjalin kerjasama dengan ASEAN bagi menyelesaikan krisis kemanusiaan Rohingya.

- Malaysia menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menjalin kerjasama dengan ASEAN bagi menyelesaikan krisis kemanusiaan Rohingya.
- Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir menyuarakan perkara itu berkata kedua-dua OIC dan ASEANĀ harus meminta pengurangan dan pemberhentian keganasan terutama oleh pihak berkuasa tentera di Myanmar.
- āKedua-dua pertubuhan mesti menyelaraskan bantuan kemanusiaan tanpa diskriminasi, termasuk di kawasan yang tidak dikawal oleh tentera,ā kata Zamri.
- Menurut beliau situasi di Myanmar terus meruncing berikutan rampasan kuasa tentera pada Februari 2021.
- Malaysia dan Bangladesh antara negara terjejas teruk kerana kedua-dua negara melindungi kira-kira 200,000 dan satu juta pelarian Rohingya.
NEW YORK: Malaysia menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menjalin kerjasama dengan ASEAN bagi menyelesaikan krisis kemanusiaan Rohingya.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir yang menyuarakan perkara itu berkata kedua-dua OIC dan ASEANĀ harus meminta pengurangan dan pemberhentian keganasan terutama oleh pihak berkuasa tentera di Myanmar.
āKedua-dua pertubuhan mesti menyelaraskan bantuan kemanusiaan tanpa diskriminasi, termasuk di kawasan yang tidak dikawal oleh tentera,ā kata Zamri.
Zambry berkata beliau membuat kenyataan itu semasa mesyuarat Kumpulan Hubungan OIC mengenai Umat Islam Rohingya, Myanmar yang diadakan di luar sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.
Menurut beliau situasi di Myanmar terus meruncing berikutan rampasan kuasa tentera pada Februari 2021.
Malaysia dan Bangladesh merupakan antara negara yang terjejas teruk kerana kedua-dua negara melindungi kira-kira 200,000 dan satu juta pelarian Rohingya.
Pada masa sama, beliau berkata umat Islam Rohingya perlu membina daya tahan dan berdikari sebagai persediaan menghadapi kehidupan baharu mereka di Myanmar.
āBagi mereka untuk ditempatkan semula secara konsensus, negara anggota mesti menggesa kerajaan Myanmar mengenai kepentingan penghantaran pulang umat Islam Rohingya yang selamat, sukarela dan bermaruah,ā katanya.
Sumber: Buletin Tv3
