Connect with us

Antarabangsa

Universiti Sydney dedahkan 100 kakitangan, pelajarnya mangsa gangguan seksual

Lebih 100 kakitangan dan pelajar Universiti Sydney menjadi mangsa gangguan seksual pada tahun lepas. 

Wartawan TMT

Published

on

Universiti Sydney dedahkan 100 kakitangan, pelajarnya mangsa gangguan seksual
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 100 kakitangan dan pelajar Universiti Sydney menjadi mangsa gangguan seksual pada tahun lepas. 
  • Laporan Universiti Sydney yang dikeluarkan pada Isnin mendedahkan institusi itu menerima 121 laporan salah laku seksual, meliputi 74 kes serangan seksual dan 47 kes gangguan seksual. 
  • “Kami berjanji untuk telus dan berkongsi cerita penuh tentang salah laku seksual dalam komuniti kami. Kami berpegang pada janji” kata naib canselor universiti itu, Professor Mark Scott dipetik Sydney Morning Herald. 
  • Kebanyakan universiti dikritik terhadap pengendalian serangan seksual berikutan pendedahan 29 daripada 39 universiti yang berjanji untuk melaporkan isu itu berbuat demikian dengan cara yang tidak boleh diakses atau tiada tindakan sama sekali. 

Lebih 100 kakitangan dan pelajar Universiti Sydney menjadi mangsa gangguan seksual pada tahun lepas. 

Laporan Universiti Sydney yang dikeluarkan pada Isnin mendedahkan institusi itu menerima 121 laporan salah laku seksual, meliputi 74 kes serangan seksual dan 47 kes gangguan seksual. 

Daripada 121 insiden itu, 55 dikategorikan sebagai salah laku berkaitan universiti, di mana salah laku itu berlaku di kampus atau pelakunya adalah pelajar atau kakitangan. 

Manakala 66 lagi dikategorikan sebagai kelakuan bukan berkaitan universiti, di mana pelajar atau kakitangan universiti terbabit dilaporkan menjadi mangsa gangguan seksual di luar kampus. 

Naib Canselor universiti itu, Profesor Mark Scott berkata jumlah laporan yang agak tinggi pada tahun lepas boleh dikaitkan dengan kepulangan pelajar ke kampus selepas gangguan COVID-19 dan peningkatan penglibatan dengan perkhidmatan sokongan. 

“Kami berjanji untuk telus dan berkongsi cerita penuh tentang salah laku seksual dalam komuniti kami. Kami berpegang pada janji. 

“Memandangkan keraguan yang besar mengenai usaha universiti dalam perkara ini, laporan ini merupakan peluang penting untuk mengesahkan komitmen kami,” kata naib canselor itu dipetik Sydney Morning Herald. 

Kebanyakan universiti dikritik terhadap pengendalian serangan seksual berikutan pendedahan 29 daripada 39 universiti yang berjanji untuk melaporkan isu itu berbuat demikian dengan cara yang tidak boleh diakses atau tiada tindakan sama sekali. 

Sumber: The Sydney Morning 

Author

Antarabangsa

Hanya 30-35 peratus pejuang Hamas ‘dihapuskan’ tentera Israel – Sumber Perisikan AS

Hanya sekitar 30 hingga 35 peratus pejuang Hamas dibunuh tentera Israel selepas lebih tujuh bulan operasi ketenteraan rejim di Gaza, lapor Politico dengan memetik sumber perisikan Amerika Syarikat (AS).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hanya sekitar 30 hingga 35 peratus pejuang Hamas dibunuh tentera Israel selepas lebih tujuh bulan operasi ketenteraan rejim di Gaza, lapor Politico dengan memetik sumber perisikan Amerika Syarikat (AS).
  • Majoriti pejuang yang menganggotai gerakan pembebasan Palestin itu sebelum serangan 7 Oktober di selatan Israel masih hidup, walaupun angka kematian di Gaza mencecah lebih 35,000 mangsa yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
  • Sekitar 65 peratus infrastruktur terowong Hamas masih kekal utuh, kata sumber Politico dan ribuan pejuang baharu dikatakan direkrut kumpulan itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
  • Laporan itu datang ketika Washington semakin bimbang terhadap kebolehlaksanaan matlamat Israel yang dinyatakan iaitu untuk menghapuskan kumpulan Palestin itu.
  • Pengerusi Ketua Staf Bersama AS, Jeneral Charles Brown pada Isnin dilaporkan mengkritik strategi Israel di Gaza.
  • Beliau memberi amaran bahawa kegagalan pasukan Israel untuk mengamankan wilayah yang ditawan dan menghapuskan Hamas dari Gaza utara menghalang keupayaannya untuk mencapai objektif ketenteraan.

Hanya sekitar 30 hingga 35 peratus pejuang Hamas dibunuh tentera Israel selepas lebih tujuh bulan operasi ketenteraan rejim di Gaza, lapor Politico dengan memetik sumber perisikan Amerika Syarikat (AS).

Majoriti pejuang yang menganggotai gerakan pembebasan Palestin itu sebelum serangan 7 Oktober di selatan Israel masih hidup, walaupun angka kematian di Gaza mencecah lebih 35,000 mangsa yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Sekitar 65 peratus infrastruktur terowong Hamas masih kekal utuh, kata sumber Politico dan ribuan pejuang baharu dikatakan direkrut kumpulan itu sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Laporan itu datang ketika Washington semakin bimbang terhadap kebolehlaksanaan matlamat Israel yang dinyatakan iaitu untuk menghapuskan kumpulan Palestin itu.

Pengerusi Ketua Staf Bersama AS, Jeneral Charles Brown pada Isnin dilaporkan mengkritik strategi Israel di Gaza.

Beliau memberi amaran kegagalan pasukan Israel untuk mengamankan wilayah yang ditawan dan menghapuskan Hamas dari Gaza utara menghalang keupayaannya untuk mencapai objektif ketenteraan.

Komentar Brown itu merupakan kritikan jarang didengari daripada tentera AS yang membantu Israel dalam peperangannya ke atas Gaza dengan menyediakan peralatan ketenteraan dan bantuan perisikan.

Kira-kira 128 individu yang ditawan Hamas dan kumpulan pejuang Palestin lain masih kekal di Gaza.

Kerajaan Israel menegaskan tekanan ketenteraan adalah cara terbaik untuk membebaskan tahanan dan menegaskan mereka tidak akan menamatkan peperangan sehingga “menghapuskan” Hamas ketika puluhan tawanan dipercayai maut akibat serangan Israel ke atas Gaza.

Terdapat ketidakpuasan yang semakin meningkat di Israel mengenai status perang Gaza dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu didakwa mengabaikan tawanan warga Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending