Connect with us

Terkini

Teruskan pembelajaran walaupun nak jadi Content Creator – Khairul Aming

Teruskan pembelajaran dan jangan berhenti belajar walaupun mahu menjadi content creator di media sosial dan media massa, demikian pesan pempengaruh tersohor, Khairul Aming Kamarulzaman.

faizah21

Published

on

Teruskan pembelajaran walaupun nak jadi Content Creator – Khairul Aming
Foto: Pempengaruh tersohor, Khairul Aming Kamarulzaman.
  • Teruskan pembelajaran dan jangan berhenti belajar walaupun mahu menjadi content creator di media sosial dan media massa, demikian pesan pempengaruh tersohor, Khairul Aming Kamarulzaman.
  • Katanya, menjadi content creator yang mampu menyumbang untuk negara bukan sekadar mengejar tular dan dikenali semata-mata, sebaliknya memerlukan banyak skill (kemahiran) yang perlu dipelajari. 
  • “Awak kena ingat jadi content creator ni bukan sekadar untuk viral okey, untuk relevan lama dalam industri, awak perlukan banyak pengetahuan, critical thinking, problem solving, ada adab, common sense okey, jadi habiskan pembelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus, yang boleh majukan negara kita Malaysia okey,” katanya seusai menerima trofi anugerah itu daripada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam dan artis, Ziana Zain di TikTok Awards Malaysia 2023 di MITEC semalam.
  • Semalam, Khairul Aming dinobatkan sebagai penyandang Creator of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Teruskan pembelajaran dan jangan berhenti belajar walaupun mahu menjadi content creator di media sosial dan media massa, demikian pesan pempengaruh tersohor, Khairul Aming Kamarulzaman.

Katanya, menjadi content creator yang mampu menyumbang untuk negara bukan sekadar mengejar tular dan dikenali semata-mata, sebaliknya memerlukan banyak skill (kemahiran) yang perlu dipelajari. 

Semalam, Khairul Aming dinobatkan sebagai penyandang Creator of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

“Tapi saya nak ambil kesempatan ni untuk bagi satu ucapan kepada anak-anak muda di luar sana yang nak jadi content creator, adik-adik yang masih bersekolah teruskan pembelajaran walaupun awak nak jadi content creator.

“Awak kena ingat jadi content creator ni bukan sekadar untuk viral okey, untuk relevan lama dalam industri, awak perlukan banyak pengetahuan, critical thinking, problem solving, ada adab, common sense okey, jadi habiskan pembelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus, yang boleh majukan negara kita Malaysia okey,” katanya seusai menerima trofi anugerah itu daripada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam dan artis, Ziana Zain di TikTok Awards Malaysia 2023 di MITEC semalam. 

Khairul Aming berkata demikian ketika mengulas mengenai remaja yang sanggup berhenti sekolah semata-mata untuk menjadi pempengaruh dan tidak sedar kepentingan menuntut ilmu.

Kemenangan Khairul Aming sekali gus menewaskan lima pencabar lain seperti Boss James yang mengendalikan akaun TikTok @bossjames_eo; Lawyer Gandhi (@lawyerghandi); Auntie Purple (@auntiepurple248); Ceddy (@ceddyornot) dan Sally (@sallywhoo). – The Merdeka Times

Sumber: @501Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Russia haramkan pengambilan anak angkat bagi negara mesra transgender

Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.
  • RT melaporkan Piskarev yang mempengerusikan Jawatankuasa Duma mengenai Keselamatan dan Pembanterasan Rasuah, meneliti larangan itu pada November lalu, menyatakan ia memberi kesan terutamanya kepada negara anggota NATO.
  • Menurutnya, anak angkat perlu membesar “dalam keluarga biasa di mana ada bapa dan ibu,” katanya ketika itu.
  • “Dokumen itu berada di peringkat akhir semakan,” kata Piskarev semasa mesyuarat jawatankuasa parlimen pada Isnin.
  • Beliau berkata semua kementerian dan agensi berkaitan telah memberikan input mereka.
  • Inisiatif itu bertujuan melarang pengambilan kanak-kanak Russia oleh mana-mana negara yang membenarkan perubahan jantina “dalam sebarang format,” sama ada melalui pembedahan atau penggunaan penyekat akil baligh berbentuk kimia.
  • Russia melarang pasangan sejenis daripada mengambil anak angkat pada 2013 dan mengenakan sekatan ketat terhadap perubahan jantina tahun lalu.  

Penggubal undang-undang Russia meletakkan sentuhan terakhir pada rang undang-undang yang akan menghalang pengambilan anak angkat bagi negara yang membenarkan prosedur penukaran jantina, kata Timbalan Speaker Duma (Parlimen Russia) Vasily Piskarev pada Isnin.

RT melaporkan Piskarev yang mempengerusikan Jawatankuasa Duma mengenai Keselamatan dan Pembanterasan Rasuah, meneliti larangan itu pada November lalu, menyatakan ia memberi kesan terutamanya kepada negara anggota NATO.

Menurutnya, anak angkat perlu membesar “dalam keluarga biasa di mana ada bapa dan ibu,” katanya ketika itu.

“Dokumen itu berada di peringkat akhir semakan,” kata Piskarev semasa mesyuarat jawatankuasa parlimen pada Isnin.

Beliau berkata semua kementerian dan agensi berkaitan telah memberikan input mereka.

Inisiatif itu bertujuan melarang pengambilan kanak-kanak Russia oleh mana-mana negara yang membenarkan perubahan jantina “dalam sebarang format,” sama ada melalui pembedahan atau penggunaan penyekat akil baligh berbentuk kimia.

Amerika Syarikat (AS) dan ramai sekutunya menerima prosedur sedemikian beberapa tahun kebelakangan ini dan menggelarnya “pengesahan jantina”.

Ramai pegawai awam di seluruh barat berikrar menyokong perjuangan LGBT pada “Hari Antarabangsa menentang Homophobia, Biphobia & Transphobia” (IDAHOBIT) minggu lalu.

Russia melarang pasangan sejenis daripada mengambil anak angkat pada 2013 dan mengenakan sekatan ketat terhadap perubahan jantina tahun lalu.  

Gereja Ortodoks Russia sejak itu mencadang diharamkan pengambilan anak angkat peringkat antarabangsa oleh negara-negara yang membenarkan prosedur “perubahan jantina,” yang kemudiannya diberi perhatian Ahli Parlimen. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending