Antarabangsa
Setiausaha Negara AS dakwa Russia serang sistem makanan dunia
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menuduh Russia menyerang sistem makanan global.

- Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menuduh Russia menyerang sistem makanan global.
- Bercakap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Blinken berkata harga bijirin meningkat sebanyak lapan peratus sejak Russia membuat keputusan untuk menarik diri daripada inisiatif Laut Hitam.
- Moscow menarik diri daripada perjanjian yang diuruskan PBB pada pertengahan Julai yang membenarkan Kyiv menghantar bijirinnya dengan selamat ke pasaran global.
- Sekurang-kurangnya 90 negara menandatangani perjanjian itu yang komited untuk menghentikan penggunaan makanan sebagai senjata dan taktik perang serta menghentikan kebuluran awam.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menuduh Russia menyerang sistem makanan global.
Bercakap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Blinken berkata harga bijirin meningkat sebanyak lapan peratus sejak Russia membuat keputusan untuk menarik diri daripada inisiatif Laut Hitam.
Setiap anggota PBB perlu memberi amaran kepada Moscow untuk menghentikan tindakannya menindas orang terjejas, kata Setiausaha Negara AS itu dipetik Euronews.
Blinken mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan PBB mengenai kebuluran dan ketidakamanan makanan disebabkan perang Russia-Ukraine.
Moscow menarik diri daripada perjanjian yang diuruskan PBB pada pertengahan Julai yang membenarkan Kyiv menghantar bijirinnya dengan selamat ke pasaran global.
Perjanjian itu bertujuan mengurangkan risiko kebuluran global dengan menjamin akses kepada pasaran Ukraine (pengeksport bijirin dunia).
Blinken akan membentangkan draf mengenai keselamatan makanan pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB itu.
Sekurang-kurangnya 90 negara menandatangani perjanjian itu yang komited untuk menghentikan penggunaan makanan sebagai senjata dan taktik perang serta menghentikan kebuluran awam.
Sumber: Euronews
