Connect with us

Antarabangsa

Seorang maut, tujuh cedera dalam insiden letupan bom di Pattani

Seorang anggota tentera maut, manakala tujuh lagi termasuk dua orang awam cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.

Wartawan TMT

Published

on

Seorang maut, tujuh cedera dalam insiden letupan bom di Pattani
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang anggota tentera maut, manakala tujuh lagi termasuk dua orang awam cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.
  • Ketua Polis Daerah Yaring Kol. Pol. Theerapoj Yindee berkata dalam insiden 9.30 pagi (waktu tempatan) itu, sebutir bom diletupkan di tepi jalan menyasarkan sebuah trak tentera.
  • “Kekuatan letupan menyebabkan trak tentera mengalami kerosakan teruk. Pemandu trak mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di hospital. Lima lagi anggota tentera dan dua penunggang motosikal turut cedera,” katanya.

PATTANI: Seorang anggota tentera maut, manakala tujuh lagi termasuk dua orang awam cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.

Ketua Polis Daerah Yaring Kol. Pol. Theerapoj Yindee berkata dalam insiden 9.30 pagi (waktu tempatan) itu, sebutir bom diletupkan di tepi jalan menyasarkan sebuah trak tentera.

Katanya enam orang anggota dalam trak itu termasuk pemandu sedang dalam perjalanan dari Kem Kalayaniwattana, Narathiwat ke Pattani.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sebutir bom buatan sendiri seberat 25 kilogram telah dipasang di tepi jalan dan diletupkan menggunakan walkie-talkie.

“Kekuatan letupan menyebabkan trak tentera mengalami kerosakan teruk. Pemandu trak mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di hospital. Lima lagi anggota tentera dan dua penunggang motosikal turut cedera,” katanya.

Sumber : Astro Awani

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending