Connect with us

Terkini

Seksyen 13 Shah Alam dilanda banjir

Beberapa kawasan sekitar Seksyen 13 di sini, ditenggelami air sehingga paras betis, susulan hujan lebat sekitar jam 3 petang tadi.

Wartawan TMT

Published

on

Seksyen 13 Shah Alam banjir
Foto: Kawasan Seksyen 13 Shah Alam yang dinaiki air pada waktu petang.
  • Beberapa kawasan sekitar Seksyen 13 di sini, ditenggelami air sehingga paras betis, susulan hujan lebat sekitar jam 3 petang tadi.
  • Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata berdasarkan pemantauan pihaknya, air mula naik antara jam 3.40 sehingga 4.30 petang.
  • “Antara kawasan dikesan terjejas akibat hujan lebat adalah laluan Bulatan Stadium menghala ke Pangsapuri Acapella; persimpangan lampu isyarat di jalan berhampiran Surau Munawwarah; lampu isyarat di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, jalan MSU lama dan kawasan sekitar Pangsapuri Perdana.”
  • “Bagaimanapun, keadaan kini semakin terkawal kerana hujan sudah berhenti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SHAH ALAM: Beberapa kawasan sekitar Seksyen 13 di sini, ditenggelami air sehingga paras betis, susulan hujan lebat sekitar jam 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata berdasarkan pemantauan pihaknya, air mula naik antara jam 3.40 sehingga 4.30 petang.

“Antara kawasan dikesan terjejas akibat hujan lebat adalah laluan Bulatan Stadium menghala ke Pangsapuri Acapella; persimpangan lampu isyarat di jalan berhampiran Surau Munawwarah; lampu isyarat di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, jalan MSU lama dan kawasan sekitar Pangsapuri Perdana.

“Bagaimanapun, keadaan kini semakin terkawal kerana hujan sudah berhenti,” katanya dalam keyataan hari ini.

Terdahulu, rakaman video beberapa lokasi di Seksyen 13, dinaiki air mula tersebar di media sosial.

Menerusi satu rakaman, kawasan komersial di situ dinaiki sehingga hampir menenggelamkan tayar kereta yang diparkir berdekatan sebuah restoran.

Bagaimanapun, laluan berkenaan masih boleh dilalui selepas beberapa orang awam dilihat memandu keluar kereta masing-masing dari kawasan itu.

Advertisement

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending