Connect with us

Terkini

Sanusi enggan layan tuntutan Vincent, akui ada bukti dokumen

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak akan melayan tuntutan permohonan maaf terbuka oleh Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan dan Berjaya Land Berhad (Berjaya Land).

Wartawan TMT

Published

on

Sanusi enggan layan tuntutan Vincent, akui ada bukti dokumen
Foto: Gambar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
  • Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak akan melayan tuntutan permohonan maaf terbuka Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan dan Berjaya Land Berhad (Berjaya Land).
  • Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) mendakwa memiliki dokumen-dokumen akan didedahkan kepada umum.
  • Isnin (7 Ogos), Vincent dan Berjaya Land menuntut permohonan maaf secara terbuka dan pampasan ganti rugi RM200 juta daripada Sanusi susulan dakwaan Menteri Besar Kedah itu membuat kenyataan berunsur fitnah dan tidak benar mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
  • Berjaya Land dalam kenyataan berkata, satu surat tuntutan melalui firma guaman mewakili Vincent dan pihaknya dikemukakan kepada Muhammad Sanusi pada kelmarin, yang menggariskan lima tuntutan.

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak akan melayan tuntutan permohonan maaf terbuka oleh Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan dan Berjaya Land Berhad (Berjaya Land).

Sebaliknya beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) mendakwa memiliki dokumen-dokumen akan didedahkan kepada umum.

“Tak (minta maaf), kes itu sedang berkembang dan dokumen-dokumen sedang didedahkan, kita tengok sehari dua lagi. Itu sahajalah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir pada Program Mai Sat Bersama Menteri Besar Kedah di Taman Tunku Yaakob di Alor Setar semalam.

Turut hadir calon Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu, Radhi Mat Din.

Isnin (7 Ogos), Vincent dan Berjaya Land menuntut permohonan maaf secara terbuka dan pampasan ganti rugi RM200 juta daripada Sanusi susulan dakwaan Menteri Besar Kedah itu membuat kenyataan berunsur fitnah dan tidak benar mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Muhammad Sanusi dikatakan menyampaikan ucapan berbaur politik, fitnah, palsu, tidak berasas dan tanpa bukti bertujuan menggugat Vincent dan Berjaya Land secara langsung atau tidak langsung berkaitan projek terbabit ketika ‘Jelajah Mega PN (Perikatan Nasional) Best’ dan ‘PN Best Sayangi Kedah Sejahtera Mega Tour’ pada 2 Ogos lalu.

Berjaya Land dalam kenyataan berkata, satu surat tuntutan melalui firma guaman mewakili Vincent dan pihaknya dikemukakan kepada Muhammad Sanusi pada kelmarin, yang menggariskan lima tuntutan.

Menurut syarikat itu, Vincent dan Berjaya Land juga membuat beberapa laporan polis terhadap Muhammad Sanusi selain beberapa blogger seperti Murray Hunter, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard dan Raja Petra Kamarudin atas penerbitan kenyataan defamasi terhadap projek SMG.

Projek itu mungkin dilihat sebagai kesalahan fitnah mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan yang apabila disabitkan boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Vincent turut dipetik dalam kenyataan itu dengan berkata kenyataan defamasi itu mencemarkan integriti, reputasi dan imejnya serta Berjaya Land. – MalaysiaGazette

Sumber: Malaysiagazette

Author

Terkini

Tidak boleh tolak permohonan pasport kerana pemohon gagal kuasai bahasa Melayu – KP Imigresen

Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.
  • Menurutnya, semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.
  • “Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • Satu hantaran menerusi Facebook sebelum ini tular, mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

PUTRAJAYA — Pegawai imigresen tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Bagaimanapun, beliau berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melakukan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Namun, menurutnya semakan itu perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

“Jabatan Imigresen komited dalam memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dan sentiasa mengingatkan semua pegawai untuk menyantuni pelanggan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan jabatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu hantaran menerusi laman Facebook mengenai kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Ruslin memaklumkan pelanggan berkenaan telah dapat memperbaharui pasport dan mengambilnya di Pejabat UTC Pulau Pinang pada Isnin lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending