Connect with us

Terkini

Sabah iktiraf pernikahan pasangan Islam di luar negara dan negeri lain

Urusan perkahwinan umat Islam di Sabah ditambah baik apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Keluarga Islam 2023, semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Sabah iktiraf pernikahan pasangan Islam di luar negara dan negeri lain
Foto: Datuk Mohd Arifin Arif (kiri) semasa persidangan DUN Sabah di Kota Kinabalu semalam.
  • Urusan perkahwinan umat Islam di Sabah ditambah baik apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Keluarga Islam 2023, semalam.
  • Pindaan baharu itu akan beri beberapa kelonggaran untuk urusan perkahwinan termasuk mengiktiraf pernikahan pasangan dari negeri ini di luar negara.
  • RUU dibentangkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Arif, menjelaskan pengiktirafan juga diberikan kepada pasangan bernikah di negeri lain dalam Malaysia.
  • “Namun, pengiktirafan ini dibuat selagi mana perkahwinan itu selaras dengan kehendak undang-undang negara atau negeri terbabit dan tidak bertentangan dengan hukum syarak,” katanya.
  • Katanya, RUU itu menyediakan peruntukan lebih praktikal bagi mana-mana pemastautin Sabah yang berkahwin di luar negara untuk mengikut undang-undang disediakan di negara terbabit.

KOTA KINABALU: Urusan perkahwinan umat Islam di Sabah ditambah baik apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Keluarga Islam 2023, semalam.

Menerusi pindaan baharu itu ia akan memberi beberapa kelonggaran untuk urusan perkahwinan termasuk mengiktiraf pernikahan pasangan dari negeri ini di luar negara.

RUU dibentangkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Arif, menjelaskan pengiktirafan juga diberikan kepada pasangan yang bernikah di negeri lain dalam Malaysia.

Bagaimanapun, katanya pengiktirafan itu tertakluk kepada pematuhan hukum syarak dan kehendak undang-undang di negeri atau negara di mana pasangan terbabit bernikah.

“RUU ini juga menyediakan suatu peruntukan untuk memberi pengiktirafan kepada suatu perkahwinan yang diakadnikahkan di luar negara atau dalam mana-mana negeri lain dalam Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah.

“Namun, pengiktirafan ini dibuat selagi mana perkahwinan itu selaras dengan kehendak undang-undang negara atau negeri terbabit dan tidak bertentangan dengan hukum syarak,” katanya.

Beliau yang juga Menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam Sabah, berkata perkara itu adalah antara pindaan dan peruntukan baharu dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2004 yang diguna pakai di Sabah sebelum ini.

Katanya, RUU itu turut menyediakan peruntukan yang lebih praktikal bagi mana-mana pemastautin Sabah yang berkahwin di luar negara untuk mengikut undang-undang yang disediakan di negara terbabit.

“Mereka hanya perlu mendaftarkan perkahwinan di negeri ini dalam tempoh enam bulan dari tarikh ketibaan mereka kembali ke negeri ini sebagai rekod yang sah menurut undang-undang negeri ini,” katanya.

Terdahulu, Mohd Arifin berkata RUU itu memberi punca kuasa kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk melantik jurunikah dalam kalangan pendaftar dan mana-mana orang yang berkelayakan.

Katanya, selepas ini pelantikan jurunikah tidak lagi mengikut sempadan yang ditetapkan bagi kariah masjid, sebaliknya mengikut kawasan yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam.

“RUU ini turut memberi keluasan kepada pasangan yang hendak berkahwin untuk menjalankan akad nikah mereka di mana-mana daerah dalam negeri ini atau dalam mana-mana negeri lain di Malaysia tanpa tertumpu kepada tempat di mana pengantin perempuan bermastautin,”.

Bagaimanapun, katanya perkara itu tertakluk kepada kebenaran daripada Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam, Hakim Syarie atau pihak berkuasa negeri.

RUU juga menyediakan peruntukan yang lebih jelas berkaitan fungsi Wali Raja iaitu bukan saja diperlukan bagi mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali daripada nasab.

“Wali Raja juga diperlukan dalam mana-mana keadaan di mana hak wali berpindah kepada Wali Raja menurut hukum syarak,” katanya.

Selain RUU berkenaan, DUN Sabah turut meluluskan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Pindaan) 2023 yang membabitkan pindaan dalam Seksyen 99, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 2004 berkaitan kuasa mengadakan sulh bagi menyelesaikan pertikaian antara pihak yang terbabit di Mahkamah Syariah Sabah.

Sumber: Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) NATO perlu elak “double-standard” dalam isu Gaza, Ukraine – PM Sepanyol

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) harus jelas dalam tindakannya untuk tidak bersikap “dwistandard” (double standard) dalam isu peperangan di Ukraine dan Gaza, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Sanchez berkata perkara itu penting untuk menyampaikan kepada semua pihak bahawa apa dipertahankan NATO bukan hanya undang-undang antarabangsa, tetapi pendirian yang konsisten.

Beliau juga menggesa gencatan senjata kekal dilakukan di Gaza supaya “malapetaka kemanusiaan” yang disaksikan di wilayah Palestin itu dapat dihentikan.

“Ia sangat penting untuk rakyat kita fahami bahawa apa yang kita pertahankan di Gaza dan di Ukraine bukan sahaja (berkenaan) undang-undang antarabangsa, tetapi kita (sendiri) ada kedudukan yang konsisten.

“Kedudukan konsisten politik jelas bahawa kita tidak mengamalkan dwistandard. 

“Jadi jika kita memberitahu rakyat kita bahawa kita menyokong Ukraine kerana kita mempertahankan undang-undang antarabangsa, ia sama dengan apa yang kita perlu lakukan terhadap Gaza,” kata Sanchez dalam klip video disiarkan Al Jazeera ketika berucap di Sidang Kemuncak NATO di Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Media melaporkan Ketua NATO, Jens Stoltenberg dalam ucapan akhirnya di sidang sama langsung tidak menyebut mengenai serangan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Insiden itu berlaku ketika beberapa pemimpin memberi amaran bahawa berdiam diri mengenai situasi di Gaza boleh menjejaskan komitmen perikatan ketenteraan itu terhadap hak asasi manusia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending