Connect with us

Antarabangsa

Ramzan Kadyrov selar pemimpin Islam tidak hukum pembakar al-Quran

Ketua Republik Chechnya di Russia, Ramzan Kadyrov mengecam pemimpin-pemimpin Islam atas kegagalan mereka bertindak sewajarnya lantaran banyak kejadian membakar kitab suci al-Quran di Barat, lapor portal berita RT Jumaat lepas.

Wartawan TMT

Published

on

Ramzan Kadyrov selar pemimpin Islam tidak hukum pembakar al-Quran
Foto: Ketua Republik Chechnya di Russia, Ramzan Kadyrov.
  • Ketua Republik Chechnya di Russia, Ramzan Kadyrov mengecam pemimpin-pemimpin Islam atas kegagalan mereka bertindak sewajarnya lantaran banyak kejadian membakar kitab suci al-Quran di Barat, lapor portal berita RT Jumaat lepas.
  • Dalam satu kenyataan menerusi aplikasi Telegram, Kadyrov berkata, penghinaan berterusan terhadap kitab suci umat Islam itu di Eropah mengundang cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini.
  • “Di mana pemimpin negara-negara Islam pada masa ini? Mengapakah mereka membenarkan kitab suci kita dicemari  secara terbuka dan tidak mengambil sebarang langkah penting untuk melindungi umat Islam dan agama Islam? Adakah mereka benar-benar takut akan tindak balas dan sekatan Amerika Syarikat (AS) serta Eropah lebih daripada kemurkaan Allah?” katanya.
  • Denmark dan Sweden menyaksikan beberapa protes awam di mana aktivis-aktivis mencemarkan al-Quran sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

MOSCOW, Russia  – Ketua Republik Chechnya di Russia, Ramzan Kadyrov mengecam pemimpin-pemimpin Islam atas kegagalan mereka bertindak sewajarnya lantaran banyak kejadian membakar kitab suci al-Quran di Barat, lapor portal berita RT Jumaat lepas.

Dalam satu kenyataan menerusi aplikasi Telegram, Kadyrov berkata, penghinaan berterusan terhadap kitab suci umat Islam itu di Eropah mengundang cabaran yang belum pernah berlaku sebelum ini.

“Di mana pemimpin negara-negara Islam pada masa ini? Mengapakah mereka membenarkan kitab suci kita dicemari  secara terbuka dan tidak mengambil sebarang langkah penting untuk melindungi umat Islam dan agama Islam? Adakah mereka benar-benar takut akan tindak balas dan sekatan Amerika Syarikat (AS) serta Eropah lebih daripada kemurkaan Allah?” katanya.

Pada masa ini, Russia menentang dasar penjajah ateis agresif Barat, kata pemimpin Chechnya itu.

“Saya 100 peratus pasti dengan kemenangan (menentang Ukraine). Apabila kita selesai dengan Ukraine, kita akan pergi ke negara-negara yang telah mencemarkan al-Quran,” kata Kadyrov sambil menambah, terdapat ramai orang Islam di Russia yang tidak akan membiarkan  kejadian itu.

Sebelum ini, Denmark dan Sweden menyaksikan beberapa protes awam di mana aktivis-aktivis mencemarkan al-Quran sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Walaupun kesal dengan kejadian itu, kedua-dua negara tidak dapat menghalang perbuatan tersebut atas alasan kebebasan bersuara.

Bagaimanapun, berdepan dengan penolakan dan risiko keselamatan yang meningkat, Copenhagen dan Stockholm telah memberi isyarat kesediaan untuk menangani isu tersebut.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending