Connect with us

Antarabangsa

Ramai warga Britain tidak tahu maksud wanita transgender

Satu kaji selidik baharu mendedahkan lebih satu pertiga warga Britain tidak mengetahui bahawa wanita transgender sebenarnya dilahirkan sebagai lelaki.

Wartawan TMT

Published

on

Ramai warga Britain tidak tahu maksud wanita transgender
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Satu kaji selidik baharu mendedahkan lebih satu pertiga warga Britain tidak mengetahui bahawa wanita transgender sebenarnya dilahirkan sebagai lelaki.
  • Satu tinjauan mendapati 35 peratus orang menyangka golongan itu adalah perempuan sejak dilahirkan, atau mereka tidak jelas dengan istilah `wanita transgender’ mahupun `wanita trans’.
  • Pakar berpandangan penggunaan istilah seperti ‘wanita trans’ amat mengelirukan, malah diguna pakai selepas aktivis hak asasi menegaskan tindakan merujuk jantina biologi sebenar golongan transgender adalah bersifat diskriminasi dan menyinggung perasaan.
  • Ahli politik, wartawan dan pakar penyelidik digesa memberikan penjelasan mengenai istilah terbabit yang dipercayai masih tidak cukup jelas.
  • Hanya 55 peratus individu dalam kumpulan antara 25 hingga 34 tahun mengetahui wanita transgender dilahirkan sebagai lelaki. 

LONDON: Satu kaji selidik baharu mendedahkan lebih satu pertiga warga Britain tidak mengetahui bahawa wanita transgender sebenarnya dilahirkan sebagai lelaki.

Data itu menunjukkan pemahaman penduduk mengenai wanita transgender adalah agak lemah kerana ramai tidak mengetahui maksud sebenar istilah itu.

Satu tinjauan mendapati 35 peratus orang menyangka golongan itu adalah perempuan sejak dilahirkan, atau mereka tidak jelas dengan istilah `wanita transgender’ mahupun `wanita trans’.

Kajian yang dijalankan oleh kumpulan analisis dasar Murray Blackburn Mackenzie (MBM), menunjukkan wujudnya kekeliruan besar membabitkan ‘wanita trans’, dengan 40 peratus penduduk salah tafsir istilah berkenaan.

MBM menyalahkan beberapa institusi termasuk BBC kerana menggunakan istilah itu semasa rancangan perdebatan jantina tanpa mengambil kira sama ada penduduk memahami sepenuhnya apa yang mereka maksudkan.

Pakar berpandangan penggunaan istilah seperti ‘wanita trans’ amat mengelirukan, malah diguna pakai selepas aktivis hak asasi menegaskan tindakan merujuk jantina biologi sebenar golongan transgender adalah bersifat diskriminasi dan menyinggung perasaan.

Menurut jurukempen, kajian itu menunjukkan orang ramai tidak mengetahui maksud istilah jantina yang betul.

Justeru, ahli politik, wartawan dan pakar penyelidik digesa memberikan penjelasan mengenai istilah terbabit yang dipercayai masih tidak cukup jelas.

Sementara itu, tinjauan menunjukkan pemahaman orang ramai mengenai istilah wanita transgender adalah berbeza mengikut umur individu.

Individu berusia antara 25 hingga 34 tahun dilaporkan paling kurang memahami istilah berkenaan.

Hanya 55 peratus individu dalam kumpulan umur itu mengetahui wanita transgender dilahirkan sebagai lelaki. – AGENSI

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah sasar Briged Timur tentera Israel dengan artileri berat, roket

Hizbullah pada Rabu mendakwa ia menyasarkan Briged Timur tentera Israel, yang mengakui kerosakan pada sebuah bangunan di Kiryat Shmona di mana terletaknya ibu pejabat unit tentera itu yang turut mengumumkan menembak jatuh 10 dron dilancarkan dari Lubnan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah pada Rabu mendakwa ia menyasarkan Briged Timur tentera Israel, yang mengakui kerosakan pada sebuah bangunan di Kiryat Shmona di mana terletaknya ibu pejabat unit tentera itu yang turut mengumumkan menembak jatuh 10 dron dilancarkan dari Lubnan.
  • Tentera rejim Israel mendakwa ia mengesan 10 roket  dilancarkan dari Lubnan dan menyasarkan ke bandar Kiryat Shmona berhampiran sempadan Lubnan.
  • “Sebuah bangunan di kawasan perindustrian Kiryat Shmona telah rosak selepas 10 roket dilancarkan dari Lubnan,” kata radio tentera Israel dipetik agensi berita Anadolu.
  • Kumpulan Hizbullah menyatakan dalam siaran Telegram bahawa ia “mensasarkan ibu pejabat Briged Timur ke-769 Divisyen ke-91 di berek Kiryat Shmona dengan berpuluh-puluh roket Katyusha dan peluru artileri”.
  • Hizbullah berkata langkah ini adalah “untuk menyokong rakyat Palestin yang tabah di Gaza, dalam menyokong penentangan mereka yang berani dan terhormat, dan sebagai tindak balas kepada serangan musuh Israel ke atas bandar Yaroun dan Khiam”.

Hizbullah pada Rabu mendakwa ia menyasarkan Briged Timur tentera Israel, yang mengakui kerosakan pada sebuah bangunan di Kiryat Shmona di mana terletaknya ibu pejabat unit tentera itu yang turut mengumumkan menembak jatuh 10 dron dilancarkan dari Lubnan.

Tentera rejim Israel mendakwa ia mengesan 10 roket  dilancarkan dari Lubnan dan menyasarkan ke bandar Kiryat Shmona berhampiran sempadan Lubnan.

“Sebuah bangunan di kawasan perindustrian Kiryat Shmona telah rosak selepas 10 roket dilancarkan dari Lubnan,” kata radio tentera Israel dipetik agensi berita Anadolu.

Ia berkata tiada kecederaan manusia dilaporkan semasa serangan roket dari Lubnan yang berlaku dalam dua gelombang serangan.

Siren kedengaran di beberapa bandar, termasuk Kiryat Shmona, Margaliot dan Tel Hai pada petang Rabu, lapor badan penyiaran Israel Channel 12.

Badan penyiaran Israel itu bagaimanapun mendakwa roket-roket terbabit telah dipintas di Galilee Atas.

Pada awal pagi, tentera rejim Israel mengumumkan dron dilancarkan dari Lubnan terhadap bandar-bandar Israel telah dipintas dan dimusnahkan.

Kumpulan Hizbullah bagaimanapun menyatakan dalam siaran Telegram bahawa ia “mensasarkan ibu pejabat Briged Timur ke-769 Divisyen ke-91 di berek Kiryat Shmona dengan berpuluh-puluh roket Katyusha dan peluru artileri”.

Hizbullah berkata langkah ini adalah “untuk menyokong rakyat Palestin yang tabah di Gaza, dalam menyokong penentangan mereka yang berani dan terhormat, dan sebagai tindak balas kepada serangan musuh Israel ke atas bandar Yaroun dan Khiam”. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending