Connect with us

Ekonomi

Pulau Pinang di landasan betul jadi pusat industri halal wilayah utara- HDC

Pulau Pinang berada di landasan betul untuk menjadi pusat industri halal bagi wilayah utara, kata Halal Development Corporation Bhd (HDC).

Wartawan TMT

Published

on

Pulau Pinang di landasan betul jadi pusat industri halal wilayah utara- HDC
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation Bhd (HDC), Hairol Ariffien Sahari.
  • Pulau Pinang berada di landasan betul untuk menjadi pusat industri halal bagi wilayah utara, kata Halal Development Corporation Bhd (HDC). 
  • Ketua Pegawai Eksekutifnya Hairol Ariffien Sahari berkata terdapat peluang besar bagi industri ini di Pulau Pinang untuk meningkatkan pertumbuhan ekonominya dengan menggalakkan perniagaan berkaitan halal untuk memperoleh pensijilan halal.
  • “Pensijilan halal tidak boleh dilihat sebagai satu keperluan agama. Ini adalah satu perniagaan yang penting dan kuasa pasaran untuk pertumbuhan ekonomi berikutan perubahan dari segi permintaan pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini (Isnin).

GEORGETOWN – Pulau Pinang berada di landasan betul untuk menjadi pusat industri halal bagi wilayah utara, kata Halal Development Corporation Bhd (HDC). 

Ketua Pegawai Eksekutifnya Hairol Ariffien Sahari berkata terdapat peluang besar bagi industri ini di Pulau Pinang untuk meningkatkan pertumbuhan ekonominya dengan menggalakkan perniagaan berkaitan halal untuk memperoleh pensijilan halal.

“Pensijilan halal tidak boleh dilihat sebagai satu keperluan agama. Ini adalah satu perniagaan yang penting dan kuasa pasaran untuk pertumbuhan ekonomi berikutan perubahan dari segi permintaan pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini (Isnin).

Menurutnya ia juga telah menjadi lambang kepercayaan dan kredibiliti dalam kalangan pengguna yang banyak mempengaruhi pertumbuhan perniagaan. 

Sehubungan itu, beliau berkata visi menyokong Malaysia untuk menjadi hab halal di peringkat dunia menerusi usaha kolektif antara agensi kerajaan Persekutuan dan negeri adalah wajar. 

Hairol Ariffien berkata sehingga Februari 2023, lebih daripada 900 produk makanan, minuman dan premis makanan telah menerima pensijilan halal di Pulau Pinang, dan HDC komited untuk bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk meningkatkan jumlah itu.

HDC adalah antara agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang menjadi penganjur bersama Hari MITI 2023 yang diadakan di Kubang Menerong, Pulau Pinang semalam. 

Hari MITI 2023 bertemakan “Perkasa Industri, Maju Ekonomi” diadakan dengan objektif utama untuk mengeratkan hubungan kementerian dengan masyarakat serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana berhubung peluang perniagaan di Malaysia. – BERNAMA 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Ekonomi

Goodyear tutup kilang di Shah Alam, 550 pekerja bakal terjejas

Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Kenyataan dari pengeluar tayar terkenal, Goodyear yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.
  • Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.
  • “Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 
  • “Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

KUALA LUMPUR – Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.

Foto: Kenyataan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang.

Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.

“Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 

“Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

Madarang berkata keputusan seperti itu tidak dibuat secara mudah tetapi perlu untuk memajukan kepentingan jangka panjang syarikat dan pelanggannya.

“Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Goodyear telah membuat keputusan sukar tetapi diperlukan dengan menutup kilang pembuatan kami di Shah Alam, Malaysia, berkuat kuasa 30 Jun 2024, dengan penutupan sepenuhnya dijangka selesai menjelang akhir tahun.

“Seperti mana-mana penutupan kemudahan lain, impak secara langsung akan berlaku dan dalam kes ini, kira-kira 550 jawatan operasi kami dalam Malaysia akan terjejas. 

“Kami komited menyantuni rakan sekerja kami dengan hormat dan telus sepanjang proses ini,” katanya turut berterima kasih di atas fokus berterusan kakitangan Goodyear selama ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending