Antarabangsa
Promosi ideologi songsang homoseks, Kuwait & Lubnan haramkan tayangan filem Barbie
Kuwait dan Lubnan mengharamkan filem Barbie kerana nilai-nilai dalam filem komersial itu yang dilihat bercanggah dengan nilai kepercayaan penduduk di negara Arab itu dan mempromosikan homoseksualiti.
- Kuwait dan Lubnan mengharamkan filem Barbie kerana nilai-nilai dalam filem komersial itu yang dilihat bercanggah dengan nilai kepercayaan penduduk di negara Arab itu dan mempromosikan homoseksualiti.
- Di Kuwait, pengumuman pengharaman filem Hollywood itu adalah atas usaha pihak berkuasa untuk melindungi “etika awam dan tradisi sosial” penduduk di negara majoriti Muslim itu.
- Di Lubnan, Menteri Budaya, Mohammad Mortada pada Rabu meminta Kementerian Dalam Negeri Lubnan untuk mengharamkan tayangan filem itu yang didapati menonjolkan unsur “mempromosikan homoseksualiti”.
- Filem itu dikatakan “mempromosikan homoseksualiti dan transeksualiti.. menyokong penolakan tugas seorang ayah selaku penjaga, memperkecilkan dan menghina kedudukan seorang ibu serta mempersoalkan keperluan perkahwinan dan (nilai) mendirikan sebuah keluarga.
Kuwait dan Lubnan mengharamkan filem Barbie kerana nilai-nilai dalam filem komersial itu yang dilihat bercanggah dengan nilai kepercayaan penduduk di negara Arab itu dan mempromosikan homoseksualiti.
Di Kuwait, pengumuman pengharaman filem Hollywood itu adalah atas usaha pihak berkuasa untuk melindungi “etika awam dan tradisi sosial” penduduk di negara majoriti Muslim itu.
Jurucakap Kementerian Penerangan Kuwait dipetik AlJazeera sebagai berkata filem terbitan Warner Brothers itu “menghebahkan idea dan kepercayaan (yang dikira) asing kepada masyarakat dan ketenteraman awam di Kuwait”.
Di Lubnan, Menteri Budaya, Mohammad Mortada pada Rabu meminta Kementerian Dalam Negeri Lubnan untuk mengharamkan tayangan filem itu yang didapati menonjolkan unsur “mempromosikan homoseksualiti”.
Filem itu didapati “mempromosikan homoseksualiti dan transeksualiti.. menyokong penolakan tugas seorang ayah selaku penjaga, memperkecilkan dan menghina kedudukan seorang ibu serta mempersoalkan keperluan perkahwinan dan (nilai) mendirikan sebuah keluarga, kata menteri Lubnan itu.
Gesaan pengharaman filem Barbie itu berlaku di tengah-tengah peningkatan kempen anti-LGBTQ di Lubnan yang dilaporkan diterajui kumpulan bersenjata Hezbollah.
Filem itu turut diharamkan di Vietnam kerana adanya babak peta rekaan yang mendapat kritikan ramai kerana menunjukkan kawasan pertikaian tuntutan China di Laut China Selatan.
Sumber: Al Jazeera