Connect with us

Antarabangsa

Promosi ideologi jantina dalam kelas, guru wanita dipecat

Tindakan seorang guru wanita di Georgia, Amerika Syarikat (AS) membaca buku mempromosikan identiti jantina kepada murid darjah lima dalam bilik kelas mengundang parah apabila beliau dipecat majlis sekolah daerah.

Wartawan TMT

Published

on

Promosi ideologi jantina dalam kelas, guru wanita dipecat
Foto: Bekas guru di sekolah rendah Due West di Marietta, Katherine Rinderle.
  • Tindakan seorang guru wanita di Georgia, Amerika Syarikat (AS) membaca buku mempromosikan identiti jantina kepada murid darjah lima dalam bilik kelas mengundang parah apabila beliau dipecat majlis sekolah daerah.
  • Katherine Rinderle, bekas guru di sekolah rendah Due West di Marietta, dipecat kerana membaca buku ‘My Shadow is Purple’ tulisan Scott Stuart, yang membawa idea bahawa terdapat lebih daripada dua identiti jantina selain menampilkan watak bukan binari.
  • Majlis Sekolah Daerah Cobb berkata Rinderle melanggar peraturan majlis sekolah daerah itu yang melarang subjek kontroversi seperti identiti jantina diajarkan di dalam kelas, lapor Associated Press, yang dipetik Insider.

Tindakan seorang guru wanita di Georgia, Amerika Syarikat (AS) membaca buku mempromosikan identiti jantina kepada murid darjah lima dalam bilik kelas mengundang parah apabila beliau dipecat majlis sekolah daerah.

Katherine Rinderle, bekas guru di sekolah rendah Due West di Marietta, dipecat kerana membaca buku ‘My Shadow is Purple’ tulisan Scott Stuart, yang membawa idea bahawa terdapat lebih daripada dua identiti jantina selain menampilkan watak bukan binari.

Promosi ideologi jantina dalam kelas, guru wanita dipecat

Buku My Shadow is Purple, tulisan Scott Stuart.

Majlis Sekolah Daerah Cobb berkata Rinderle melanggar peraturan majlis sekolah daerah itu yang melarang subjek kontroversi seperti identiti jantina diajarkan di dalam kelas, lapor Associated Press, yang dipetik Insider.

“Saya kecewa dengan keputusan daerah kerana memecat saya atas sebab membaca buku inklusif – yang mewakili kepelbagaian identiti pelajar,” kata guru wanita itu selepas mesyuarat lembaga sekolah pada petang Khamis lalu. 

Menurut Insider, Rinderle menuduh sekolahnya memberi ‘mesej membahayakan’ kepada pelajar apabila lembaga sekolah memecatnya hanya kerana membaca buku tentang identiti jantina itu kepada murid darjah lima.

Terdapat ibu bapa yang menghubungi pengetua sekolah dan mengadu buku itu tidak sesuai untuk dibaca kepada murid-murid. 

Terdahulu, Rinderle mendakwa censorship law adalah berbahaya dan murid berhak mendapat yang lebih baik. 

Menurut Southern Poverty Law Center, Rinderle adalah guru sekolah awam pertama di Georgia yang dipecat di bawah tiga undang-undang (censorship law) yang diluluskan di negeri itu sejak tahun lepas. 

Sumber: Insider

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending