Connect with us

Terkini

PRN: PAS dakwa kemenangan PN di enam negeri permulaan negara bersih liberalisme

PAS mendakwa kemenangan Perikatan Nasional (PN) di semua enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini menjadi titik permulaan untuk membersihkan negara dari pengaruh liberalisme yang bertentangan dengan adab dan tuntutan Islam.

Wartawan TMT

Published

on

PRN: PAS dakwa kemenangan PN di enam negeri permulaan negara bersih liberalisme
Foto: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob.
  • PAS mendakwa kemenangan Perikatan Nasional (PN) di semua enam negeri pada PRN, Sabtu ini menjadi titik permulaan untuk membersihkan negara dari pengaruh liberalisme yang bertentangan dengan adab dan tuntutan Islam.
  • Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata, Malaysia memerlukan kepimpinan bersih yang mampu mencorak negara dan bawa rakyat ke arah lebih baik bersandar syariat Islam supaya seimbang keperluan duniawi dan ukhrawi.
  • “Saya merayu kepada ahli UMNO untuk terbuka hati menyertai PN bagi titik permulaan bersama-sama membina negara yang sering dihimpit fahaman sekular, liberalisme dan pembudayaan pengaruh komuniti Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT),” katanya ketika menyampaikan Ceramah Perdana Ppakat Pertahan di Dataran Bahtera Tok Bali, di sini malam tadi.

BACHOK: PAS mendakwa kemenangan Perikatan Nasional (PN) di semua enam negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini menjadi titik permulaan untuk membersihkan negara dari pengaruh liberalisme yang bertentangan dengan adab dan tuntutan Islam.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata, Malaysia memerlukan kepimpinan bersih yang mampu mencorak negara dan membawa rakyat ke arah yang lebih baik  bersandar syariat Islam supaya seimbang mengikut keperluan duniawi dan ukhrawi.

“Saya merayu kepada ahli UMNO untuk terbuka hati menyertai PN bagi titik permulaan bersama-sama membina negara yang sering dihimpit fahaman sekular, liberalisme dan pembudayaan pengaruh komuniti Gay, Lesbian, Biseksual dan Transgender (LGBT),” katanya ketika menyampaikan Ceramah Perdana Ppakat Pertahan di Dataran Bahtera Tok Bali, di sini malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Ahmad memberitahu, pelbagai taktik dan kempen yang digunakan oleh gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) dilihat tidak mampu mempengaruhi anak-anak Kelantan diperantauan.

Katanya, ucapan retorik untuk mengubah sikap pengundi sudah difahami dan rakyat dilihat istiqomah untuk mengekalkan Kelantan di bawah kepimpinan PAS.

“Pelbagai isu yang dibangkitkan termasuk menyentuh kepimpinan kerajaan dan kewibawaan calon tidak membantu mereka mengurangkan sokongan penggundi.

“Pecutan terakhir sebelum tibanya hari mengundi diteruskan dengan memberi kefahaman bagi menangkis dakwaan yang tidak benar terhadap Kerajaan Pimpinan PAS sebelum ini,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Aman Palestin siapkan tiga projek mega di Syria dalam tempoh sekatan akaun

Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.
  • Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.
  • Biarpun projek itu berjaya disiapkan, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta dan menggesa sekatan ke atas akaunnya dapat dihentikan untuk menyempurnakan transaksi tersebut.

KUALA LUMPUR – Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.

Foto : Projek saluran air.

“Projek yang didirikan antaranya Projek Saluran Air Bersih dari Sungai Furat ke Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa projek selama 15 bulan membabitkan kos USD659,000 (RM3.16 juta).

Foto: Masjid Ghafur.

”Pembinaan Masjid Al-Ghafour, Al-Bab dengan jangka masa pembinaan selama 7 bulan membabitkan kos USD130,000 (RM623,000).

Foto: Pusat Komuniti.

“Projek Pusat Komuniti Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa pembinaan selama 18 bulan, membabitkan kos sebanyak USD259,612 (RM1.24 juta),” katanya di sini hari ini.

Biarpun projek itu berjaya disiapkan dan berakhir sekitar November dan Disember tahun lalu, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta untuk menyempurnakan transaksi projek tersebut.

“Walaupun projek mega Aman Palestin ini telah berjaya disiapkan, Aman Palestin masih mempunyai hutang perlu dilunaskan sebanyak USD 400,000 (RM1.918 juta) untuk projek saluran air bersih berikutan akaun Aman Palestin yang disekat dan tidak mampu membayar hutang tersebut.

“Pembinaan projek-projek ini jelas tujuannya untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di sekitar Jarablus dan Al-Bab serta memberikan perkembangan yang terbaik dalam taraf hidup masyarakat di sana. 

“Dengan projek ini, Aman Palestin meletakkan harapan agar para penduduk yang mendapat manfaat dapat menggunakan kemudahan dengan sebaiknya demi kelangsungan hidup yang lebih baik.

“Dalam masa yang sama, Aman Palestin menggesa agar akaun Aman Palestin dapat dinyahbekukan dengan segera berikutan ramai lagi saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman yang ketika ini amat memerlukan bantuan daripada kita untuk terus hidup,” kata NGO itu. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending