Connect with us

Terkini

PRN: JAIS siasat dakwaan tular Fahmi berucap di masjid

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memanggil nazir Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang susulan tular Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berucap di dewan solatnya, Ahad lalu.

Wartawan TMT

Published

on

PRN: JAIS siasat dakwaan tular Fahmi berucap di masjid
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berucap dalam ruang solat di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang di Gombak, Selangor, Ahad lalu.
  • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memanggil nazir Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang susulan tular Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berucap di dewan solatnya, Ahad lalu.
  • Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara tersebut.
  • “Siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama. JAIS telah menjalankan siasatan dengan memanggil nazir masjid itu bagi mendapatkan keterangan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.
  • Terdahulu, tular gambar Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dalam media sosial yang dilihat berucap di ruang solat utama sebuah masjid.
  • JAIS dalam kenyataan sebelum ini berulang kali menegaskan larangan menjadikan rumah ibadah sebagai medan politik seperti yang pernah dititah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memanggil nazir Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang susulan tular Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berucap di dewan solatnya, Ahad lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara tersebut.

“Siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama. JAIS telah menjalankan siasatan dengan memanggil nazir masjid itu bagi mendapatkan keterangan lanjut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, tular gambar Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dalam media sosial yang dilihat berucap di ruang solat utama sebuah masjid.

Sementara itu, JAIS dalam kenyataan sebelum ini berulang kali menegaskan larangan menjadikan rumah ibadah sebagai medan politik seperti yang pernah dititah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Ahli politik yang didapati menggunakan masjid atau surau dengan tujuan yang tidak dibenarkan oleh Sultan Selangor dan MAIS dianggap menghina, mengingkari dan melanggar titah.

“Mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan bawah Seksyen 12 (a) atau (b), enakmen sama,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd. Shahzihan menambah, pentadbir masjid dan surau diingatkan juga untuk mematuhi serta menguatkuasakan larangan tersebut bagi memastikan rumah ibadah di negeri ini sebagai zon aman dan bebas pengaruh politik.

Katanya lagi, MAIS berkuasa membatalkan lantikan pegawai masjid jika gagal atau cuai mematuhi arahan tersebut berdasarkan Peraturan 7 (f) Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Kerajaan diminta pertahan polisi sekolah tidak terima dana syarikat arak – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.
  • “Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
  • “Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).
  • “Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mempertahankan polisi itu sekalipun menerima asakan daripada mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Dr Akmal juga memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Beliau berkata jika liga bola sepak negara pun tidak membenarkan syarikat sedemikian untuk menyumbang atau membuat tajaan, apatah lagi membabitkan pihak sekolah.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).

“Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

Foto: Tangkap layar artikel dimuat naik Dr Akmal di Facebooknya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun mesti mengikut garis panduan kementerian.

Beliau turut mengulangi pentingnya mematuhi garis panduan tersebut ketika diajukan pertanyaan sama ada terdapat pengecualian bagi sekolah vernakular.

Pada masa sama, Loke juga dilaporkan berkata isu pemberian sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan penjelasan akan diberikan kepada Jemaah Menteri.

Loke berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending