Terkini
Polis kena ingat, dia kena jaga masa depan anak bangsa – Hamzah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan tidak melupakan tanggungjawab menjaga anak bangsa walaupun mereka diarah untuk menangkap pemimpin Perikatan Nasional (PN).
- Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan tidak melupakan tanggungjawab menjaga anak bangsa walaupun mereka diarah menangkap pemimpin Perikatan Nasional (PN).
- Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, anggota keselamatan juga perlu mengambil kesempatan mendengar tawaran yang boleh diberikan PN kepada kestabilan negara.
- “Saya nak beritahu polis yang dengar ini, kerja dia bukan sahaja tangkap apa yang kita ucap, dia juga kena ingat dalam hati dia, dia kena jaga masa depan anak bangsa.
- “Jadi, bila dengar ucapan, jangan rakam sahaja, dengar sekali, macam kita, kita ucap, kita dengar balik dan buat kerja. Begitu juga mereka. Beritahu kepada keluarga sahabat handai.”
SUNGAI BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan tidak melupakan tanggungjawab menjaga anak bangsa walaupun mereka diarah untuk menangkap pemimpin Perikatan Nasional (PN).
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, anggota keselamatan juga perlu mengambil kesempatan untuk mendengar tawaran yang boleh diberikan PN kepada kestabilan negara.
“Saya nak beritahu polis yang dengar ini, kerja dia bukan sahaja tangkap apa yang kita ucap, dia juga kena ingat dalam hati dia, dia kena jaga masa depan anak bangsa.
“Jadi, bila dengar ucapan, jangan rakam sahaja, dengar sekali, macam kita, kita ucap, kita dengar balik dan buat kerja. Begitu juga mereka. Beritahu kepada keluarga sahabat handai.
“Kerajaan yang lebih baik adalah PN, sama juga dengan agensi lain, agensi kerajaan patutnya dengar,” kata bekas Menteri Dalam Negeri itu ketika berucap pada Himpunan Jentera PN N03 Sungai Panjang di Markas Pas, Simpang Lima di sini malam tadi.
Hadir sama Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.
Hamzah juga berkata, keupayaan PN mentadbir negara sebelum ini membuktikan blok politik itu boleh menawarkan sebuah kerajaan yang lebih stabil dan bersih dengan pelbagai manfaat terus kepada rakyat.
“Gelombang besar menunjukkan PN akan ambil alih Kerajaan Negeri Selangor kalau dah tahu macam tu, pegawai kerajaan kena undi samalah.
“Dalam keadaan menentukan masa depan, kita pilih pemimpin yang benar-benar tahu urus negara dan negeri.
“Semasa Abah (Tan Sri Muhyiddin Yassin) ambil alih negara sebagai Perdana Menteri, Allah uji dengan musibah besar Covid-19, hari-hari kami mesyuarat nak tentukan supaya rakyat hidup selamat.
“Bila ada pilihan raya boleh datang, tak payah pakai mask, dapat vaksin, jaga nyawa,” katanya lagi.
Sumber: MalaysiaGazette
Antarabangsa
Peneroka haram Israel bersenjata rampas biri-biri keluarga Palestin
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
- Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
- Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
- Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
- Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
- Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Peneroka haram Israel bersenjata merampas sejumlah besar biri-biri milik rakyat Palestin di selatan Tebing Barat pada Khamis.
Agensi berita Palestin, Wafa memetik sumber tempatan yang tidak dinamakan melaporkan sekumpulan peneroka bersenjata menyerang rumah warga Palestin dalam komuniti Haribat an-Nabi di kawasan Masafer Yatta dengan perlindungan tentera Israel.
Masafer Yatta ialah kluster (gugusan) 19 kampung Palestin di daerah Hebron di selatan Tebing Barat.
Menurut Wafa dipetik agensi berita Anadolu, peneroka haram itu mencuri banyak kambing biri-biri daripada dua lelaki Palestin, Ali Sabah dan Abdul Muhsin Rashid selepas menahan keluarga mereka, menggeledah rumah dan kandang mereka.
Pihak berkuasa Israel dikatakan bersikap lembut dengan peneroka haram sebagai sebahagian usaha rasmi rejim untuk mempergiatkan aktiviti penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki.
Dianggarkan lebih 720,000 peneroka tinggal di penempatan haram Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Penempatan Israel dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Ketegangan semakin memuncak di Tebing Barat di tengah-tengah serangan Israel di Gaza yang telah membunuh hampir 41,300 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak serangan rentas sempadan kumpulan Palestin Hamas pada 7 Oktober tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 710 rakyat Palestin terbunuh dan hampir 5,700 lagi cedera akibat serangan tentera Israel di Tebing Barat sejak tempoh sama, demikian menurut Kementerian Kesihatan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai lalu mengisytiharkan pendudukan Israel selama beberapa dekad di tanah Palestin sebagai “haram” dan menuntut pemindahan semua penempatan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur. – The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Individu promosi Bahasa Melayu patut disokong, bukannya diambil tindakan – Peguam
-
Antarabangsa3 days ago
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
-
Terkini2 days ago
Aurad Muhammadiah wirid Al-Arqam difatwakan sesat, status pernikahan perlu disahkan pejabat agama – Mufti WP
-
Antarabangsa1 day ago
Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel