Connect with us

Terkini

Peta China 2023 turut merangkumi perairan Sabah, Sarawak

Peta standard China edisi 2023 yang dikeluarkan Kementerian Sumber Asli negara itu meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak serta beberapa kawasan di India yang didakwa milik negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Peta China 2023 turut merangkumi perairan Sabah, Sarawak
Foto: Peta standard China edisi 2023 yang meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak serta beberapa kawasan di India.
  • Peta standard China edisi 2023 yang dikeluarkan Kementerian Sumber Asli negara itu meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak serta beberapa kawasan di India yang didakwa milik negara itu.
  • Peta itu dikeluarkan semalam sempena sambutan Hari Publisiti Ukur dan Pemetaan dan Minggu Publisiti Kesedaran Pemetaan Kebangsaan China.
  • Peta standard China edisi 2023 itu turut menggabungkan kawasan yang dipertikaikan termasuk tuntutannya ke atas Arunachal Pradesh, wilayah Aksai Chin, Taiwan dan Laut China Selatan.
  • Ini turut membabitkan kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam.
  • Peta terbaru itu susulan kenyataan Beijing pada April lalu yang mengumumkan, mereka akan ‘melaksanakan standard’ nama 11 tempat di Arunachal Pradesh, termasuklah sebuah bandar Itanagar.

NEW DELHI: Peta standard China edisi 2023 yang dikeluarkan Kementerian Sumber Asli negara itu meliputi sebahagian besar perairan Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak serta beberapa kawasan di India yang didakwa milik negara itu.

Peta itu dikeluarkan semalam sempena sambutan Hari Publisiti Ukur dan Pemetaan dan Minggu Publisiti Kesedaran Pemetaan Kebangsaan China.

Peta standard China edisi 2023 itu turut menggabungkan kawasan yang dipertikaikan termasuk tuntutannya ke atas Arunachal Pradesh, wilayah Aksai Chin, Taiwan dan Laut China Selatan.

Ini turut membabitkan kawasan maritim zon ekonomi eksklusif (EEZ) Malaysia berhampiran Sabah dan Sarawak, Brunei, Filipina, Indonesia dan Vietnam.

Peta terbaru itu susulan kenyataan Beijing pada April lalu yang mengumumkan, mereka akan ‘melaksanakan standard’ nama 11 tempat di Arunachal Pradesh, termasuklah sebuah bandar berhampiran dengan ibu kota Arunachal Pradesh, Itanagar.

Ia juga adalah senarai ketiga ‘menamakan’ tempat di Arunachal Pradesh dan dilihat oleh pemerhati sebagai tindak balas kepada India yang menganjurkan acara menjelang sidang kemuncak G-20 di negeri itu, yang ditentang oleh Beijing.

Presiden China, Xi Jinping dijangka menghadiri sidang kemuncak pada 9 hingga 10 September ini di New Delhi.

Berikutan pelepasan peta standard untuk kegunaan awam, Kementerian Sumber Asli dilaporkan akan mengeluarkan ‘peta digital dan navigasi dan kedudukan’ untuk digunakan dalam pelbagai bidang termasuk ‘perkhidmatan berasaskan lokasi, pertanian tepat, ekonomi dan kenderaan bersambung pintar’.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-30 Undang-undang Ukur dan Pemetaan Republik Rakyat China yang diluluskan.

Ia untuk mengukuhkan pentadbiran syarikat ukur dan pemetaan, mempromosikan pembangunannya dan memastikan ia memberi perkhidmatan kepada pembangunan negara, ekonomi, pembinaan pertahanan negara, dan kemajuan masyarakat.

Di bawah Xi, Beijing mengetatkan pengurusan kawasan sempadan, meluluskan undang-undang sempadan baharu pada 2022.

Ia menyenaraikan pelbagai tanggungjawab bagi pihak berkuasa awam dan tentera di China untuk mengambil langkah untuk ‘menjaga kedaulatan negara’.

Pengeluaran nama baru itu adalah berkaitan dengan Perkara 7 undang-undang, yang menggesa untuk mempromosikan pendidikan sempadan pada semua peringkat kerajaan. 

Artikel 22 juga menggesa tentera China menjalankan latihan sempadan dan ‘dengan tegas menghalang, menghentikan dan memerangi’ apa yang dipanggil ‘pencerobohan dan provokasi’.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending