Connect with us

Antarabangsa

Pengguna X Blue perlu serah swafoto, ID kepada syarikat perisian Israel

X, platform media sosial yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, kini memerlukan pengguna X Blue menyerahkan swafoto dan kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan untuk dikendalikan syarikat perisian Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Pengguna X Blue perlu serah swafoto, ID kepada syarikat perisian Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • X, platform media sosial yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, kini memerlukan pengguna X Blue menyerahkan swafoto dan kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan untuk dikendalikan syarikat perisian Israel.
  • Maklumat peribadi pengguna dalam proses pengesahan identiti itu akan dikendalikan syarikat perisian Israel, AU10TIX, yang akan menyimpan maklumat tersebut dalam 30 hari, demikian lapor Al Jazeera.
  • X turut menjelaskan data yang dikumpulkan akan digunakan bagi tujuan keselamatan dan langkah mengekang penyamaran.
  • Ramai pengguna platform media sosial itu menzahirkan rasa tidak senang apabila syarikat itu memilih sebuah syarikat penyimpanan data pengguna yang pekerjanya dikaitkan dengan kumpulan perisikan Israel.

X, platform media sosial yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, kini memerlukan pengguna X Blue menyerahkan swafoto dan kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan untuk dikendalikan syarikat perisian Israel.

Maklumat peribadi pengguna dalam proses pengesahan identiti itu akan dikendalikan syarikat perisian Israel, AU10TIX, yang akan menyimpan maklumat tersebut dalam 30 hari, demikian lapor Al Jazeera.

X turut menjelaskan data yang dikumpulkan akan digunakan bagi tujuan keselamatan dan langkah mengekang penyamaran.

Foto: Tangkap layar ciapan X daripada @jennieak

Ramai pengguna platform media sosial itu menzahirkan rasa tidak senang apabila syarikat itu memilih sebuah syarikat penyimpanan data pengguna yang pekerjanya dikaitkan dengan kumpulan perisikan Israel.

Pengguna lain turut menzahirkan rasa tidak selesa maklumat peribadi mereka didedahkan kepada pihak lain kerana banyaknya kes pelanggaran data dilaporkan sebelum ini.

Sebelum ini AU10TIX meluaskan bidang perniagaannya dalam “digital spaces” (internet) pada 2002. 

Syarikat itu membantu membangunkan sistem verifikasi identiti di lapangan terbang dan kawalan sempadan sejak 1980-an dan 90-an dan kini memegang klien berprofil tinggi seperti Uber, PayPal dan Google.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Elon Musk, pada Julai lalu, menyatakan hasratnya mengubah logo Twitter daripada simbol burung biru kepada huruf “X”.

Ia antara keputusan terbesar Elon sejak mengambil alih pemilikan platform media sosial itu pada harga AS$44 bilion tahun lalu.

Sumber: Al Jazeera

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending