Connect with us

Terkini

Pemandu Grab tidak benarkan perempuan Muslim naik kenderaan kerana beragama Islam

Seorang perempuan Muslim tidak dibenarkan naik kenderaan Grab oleh pemandunya kerana beragama Islam.

Adam Tan

Published

on

Pemandu Grab tidak benarkan perempuan Muslim naik kenderaan kerana beragama Islam
Foto: Tangkap layar yang dikongsikan Ellanie.
  • Seorang perempuan Muslim tidak dibenarkan naik kenderaan Grab oleh pemandunya kerana beragama Islam.
  • Pengguna X (Twitter) @Ellan1Ellanie berkongsi sebuah tangkap layar di antara dia dengan seorang pemandu Grab bukan Islam pada 29 Ogos lalu.
  • Menurut tangkap layar yang dikongsikan, pemandu Grab itu bertanyakan sama ada Ellanie seorang Melayu.
  • Lalu, pemandu itu meminta Ellanie untuk membatalkan pesanan Grab itu kerana pemandu itu tidak membawa penumpang beragama Islam. 
  • Insiden itu telah diadukan kepada Grab Centre untuk siasatan dan tindakan lanjut ke atas sikap pemandu terbabit yang kelihatan berbaur rasis.

KUALA LUMPUR – Seorang perempuan Muslim tidak dibenarkan naik kenderaan Grab oleh pemandunya kerana beragama Islam.

Pengguna X (Twitter) @Ellan1Ellanie berkongsi sebuah tangkap layar di antara dia dengan seorang pemandu Grab bukan Islam pada 29 Ogos lalu.

“Hanya kerana saya Melayu dan (beragama) Islam tak boleh naik Grabcar?,” kata Ellanie.

Menurut tangkap layar yang dikongsikan, pemandu Grab itu bertanyakan sama ada Ellanie seorang Melayu.

Lalu, pemandu itu meminta Ellanie untuk membatalkan pesanan Grab itu kerana pemandu itu tidak membawa penumpang beragama Islam. 

Ellanie berkata dia telah melaporkan insiden itu kepada pusat Grab.

Grab Malaysia juga memberi maklum balas di ruangan komen ciapan itu dan memohon maaf kepada Ellanie atas pengalaman buruk yang dia alami.

“Kami akan menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut dan akan berkongsi perkara ini dengan pasukan pemandu yang berkenaan dengan segera,” balas Grab Malaysia.

Ellanie berkata pemandu Grab lain, yang menghantarnya selepas insiden itu, berkata beliau sepatutnya menyuruh pemandu grab terbabit membatalkan tempahan, bukan sebaliknya.

“I booked driver lain lepas tu, yelah I takut tunggu sensorang (seorang diri) kat situ malam2. Abang driver tu pun cakap supposedly biar driver grab itu yang cancel trip.

“Apa2pun Salam 1 Malaysia kengkawan,” kata Ellaine dalam nada berlapang dada. – The Merdeka Times

Sumber: X @Ellan1Ellanie

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending