Connect with us

Terkini

Pemakaian batik kukuhkan identiti negara

Pemakaian batik secara meluas dalam kehidupan harian masyarakat dapat menyumbang kepada pengukuhan identiti negara, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Wartawan TMT

Published

on

Pemakaian batik kukuhkan identiti negara
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pemakaian batik secara meluas dalam kehidupan harian masyarakat dapat menyumbang kepada pengukuhan identiti negara, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
  • Beliau dalam rangka lawatan kerja ke Indonesia menyaksikan bagaimana batik diselaraskan dengan trend fesyen dalam kalangan masyarakat di sini, sekali gus meletakkan batik sebagai simbol identiti kebangsaan.
  • “Apabila kita pergi Umrah, maaf, termasuk diri saya sendiri, mungkin kelihatan serupa dengan orang Arab, tetapi rakyat Indonesia memakai batik,” katanya berucap di Majlis Makan Malam bersama diaspora Malaysia yang turut dihadiri Duta Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin pada Selasa.

JAKARTA – Pemakaian batik secara meluas dalam kehidupan harian masyarakat dapat menyumbang kepada pengukuhan identiti negara, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau yang dalam rangka lawatan kerja ke Indonesia telah menyaksikan bagaimana batik diselaraskan dengan trend fesyen dalam kalangan masyarakat di sini, sekali gus meletakkan batik sebagai simbol identiti kebangsaan.

“Apabila kita pergi Umrah, maaf, termasuk diri saya sendiri, mungkin kelihatan serupa dengan orang Arab, tetapi rakyat Indonesia memakai batik,” katanya.

Nik Nazmi berucap di Majlis Makan Malam bersama diaspora Malaysia yang turut dihadiri Duta Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin pada Selasa.

“Jadi, mengapa kita tidak mempunyai identiti kita sendiri yang telah diadaptasi dalam budaya dan warisan kita?” Nik Nazmi bertanya, sambil menekankan, “kita mesti bangga dengan identiti kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata perubahan kod etika pakaian penjawat awam yang baharu diumumkan praktikal kerana pemakaian sut dan tali leher merupakan warisan kolonial yang tidak lagi logik disebabkan suhu premis.

“Gelombang haba di beberapa negara Eropah juga telah menyebabkan tali leher tidak lagi menjadi sebahagian daripada kod pakaian mereka,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending