Connect with us

Terkini

PAPUH jangka jemaah umrah semakin meningkat

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) menjangkakan antara 300,000 hingga 400,000 jemaah mengikuti pakej umrah pada tahun ini berikutan pembukaan lebih banyak laluan oleh syarikat penerbangan.

Wartawan TMT

Published

on

PAPUH jangka jemaah umrah semakin meningkat
Foto: Presiden PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd. Sham.
  • Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) menjangkakan antara 300,000 hingga 400,000 jemaah mengikuti pakej umrah pada tahun ini berikutan pembukaan lebih banyak laluan oleh syarikat penerbangan.
  • Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd. Sham berkata, sehingga April lalu, kira-kira 400,000 visa pelancong dan umrah dikeluarkan dan pihaknya menjangkakan jumlah keseluruhan boleh mencapai sehingga 700,000.
  • “Tahun lepas permintaan memang ada tetapi harga tiket penerbangan masih tinggi pada masa itu. Kini, banyak syarikat penerbangan yang telah memulakan operasi dan harga juga semakin stabil,” katanya. 
  • Mengulas mengenai cadangan penggubalan semula Akta Tabung Haji 1995, Razali berharap Tabung Haji dapat mengambil kira untuk membenarkan jemaah tidak terpilih untuk mengerjakan ibadah tersebut dengan pakej daripada pihak swasta.

PETALING JAYA: Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) menjangkakan antara 300,000 hingga 400,000 jemaah mengikuti pakej umrah pada tahun ini berikutan pembukaan lebih banyak laluan oleh syarikat penerbangan.

Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd. Sham berkata, sehingga April lalu, kira-kira 400,000 visa pelancong dan umrah telah dikeluarkan dan pihaknya menjangkakan jumlah keseluruhan boleh mencapai sehingga 700,000.

Katanya, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding kira-kira 1,000 visa pelancong yang dikeluarkan pada tahun lalu.

“Tahun lepas permintaan memang ada tetapi harga tiket penerbangan masih tinggi pada masa itu. Kini, banyak syarikat penerbangan yang telah memulakan operasi dan harga juga semakin stabil.

“Jika dulu, harga tiket penerbangan boleh mencapai sehingga RM5,200, tetapi kini boleh didapati pada harga RM2,950. Jadi, harga sudah makin terkawal.

“Oleh itu, saya minta syarikat penerbangan untuk menambah lagi penerbangan supaya lebih ramai yang dapat pergi umrah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.

Mengulas mengenai cadangan penggubalan semula Akta Tabung Haji 1995, Razali berharap Tabung Haji dapat mengambil kira untuk membenarkan jemaah tidak terpilih untuk mengerjakan ibadah tersebut dengan pakej daripada pihak swasta.

Advertisement

“Kalau boleh akta baharu yang tengah digubal ini jangan menyusahkan orang yang hendak pergi mengerjakan ibadah haji dan sebaliknya permudahkan urusan.

“Kalau individu itu dapat visa, Tabung Haji jangan kawal sebab ini adalah ibadah.

“Mungkin pada tahun ini atau tahun depan Arab Saudi akan buka kepada awam untuk rakyat negara ini yang mahu pergi mengerjakan haji,” ujarnya. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Advertisement

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending