Connect with us

Antarabangsa

Papan iklan elektronik dimatikan selepas digodam dengan siaran pornografi

Pihak berkuasa Iraq mematikan papan pengiklanan elektronik di Baghdad selepas salah satu skrin iklan itu digodam dan memaparkan rakaman lucah kepada umum.

Wartawan TMT

Published

on

Papan iklan elektronik dimatikan selepas digodam dengan siaran pornografi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pihak berkuasa Iraq mematikan papan pengiklanan elektronik di Baghdad selepas salah satu skrin iklan itu digodam dan memaparkan rakaman lucah kepada umum.
  • Menurut Shafaq News, pihak berkuasa keselamatan Iraq memutuskan untuk mematikan sementara skrin itu pada Ahad lalu sejurus insiden tersebut berlaku. 
  • Kenyataan Kementerian Dalam Negeri Iraq berkata kandungan pornografi itu disiarkan pada skrin di Dataran Uqba bin Nafeh, sebuah jalan raya sibuk di  tengah Baghdad.
  • Hasil siasatan awal menunjukkan tertuduh melakukannya kerana mempunyai masalah kewangan dengan pemilik syarikat yang memiliki skrin iklan tersebut. 

Pihak berkuasa Iraq mematikan papan pengiklanan elektronik di Baghdad selepas salah satu skrin iklan itu digodam dan memaparkan rakaman lucah kepada umum.

Menurut Shafaq News, pihak berkuasa keselamatan Iraq memutuskan untuk mematikan sementara skrin itu pada Ahad lalu sejurus insiden tersebut berlaku. 

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri Iraq berkata kandungan pornografi itu disiarkan pada skrin di Dataran Uqba bin Nafeh, sebuah jalan raya sibuk di  tengah Baghdad. 

Sementara itu, seorang lelaki ditahan polis selepas rakaman itu disiarkan kepada khalayak ramai, lapor media tempatan yang dipetik CNN News.

Tertuduh telah ditangkap selepas pihak kami mendapat kelulusan kehakiman, melakukan kerja lapangan, pengauditan dan pemantauan kamera pengawasan, kata Agensi Perisikan dan Siasatan Persekutuan Iraq dalam kenyataannya di Facebook.

Kenyataan agensi itu berkata, hasil siasatan awal mendapati tertuduh melakukannya kerana mempunyai masalah kewangan dengan pemilik syarikat yang memiliki skrin iklan itu.

Walaupun kerajaan telah mematikan skrin pengiklanan elektronik di Baghdad, beberapa skrin pengiklanan elektronik kini beroperasi.

Awal bulan ini, pengawal selia media rasmi Iraq mengarahkan pengharaman penggunaan istilah “homoseksualiti” semua media dan syarikat media sosial yang beroperasi di negara Arab ini dan menggantikan dengan perkataan “penyelewengan seksual”.

Sumber: CNN News 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending