Connect with us

Terkini

Nik Elin nafi sebahagian gerakan liberal 

Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid menafikan dirinya adalah sebahagian daripada gerakan liberal yang berhasrat menghalalkan arak zina, arak dan judi.

Published

on

Nik Elin nafi sebahagian gerakan liberal 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid menafikan dirinya adalah sebahagian daripada gerakan liberal yang berhasrat menghalalkan arak zina, arak dan judi.
  • Nik Elin Zurina yang akan mencabar keabsahan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan di Mahkamah Persekutuan juga menafikan beliau dibiayai atau disokong mana-mana organisasi.
  • Saya melakukan ini sendirian dengan peguam saya dan anak perempuan saya. Tiada siapa yang membiayai saya. Saya tidak mempunyai organisasi yang membiayai saya. Tiada organisasi yang menyokong saya,” katanya mengulas hantaran di Facebook yang dibuat peguam, Lukman Sheriff Alias bertajuk “Apabila Kumpulan Liberal Membantah”.
  • Nik Elin Zurina berkata hantaran Lukman Sheriff yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) itu seolah-olah cuba menimbulkan ketakutan awam terhadap kes mahkamah yang sedang berjalan.
  • Media sebelum ini melaporkan Nik Elin Zurina dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman mengemukakan cabaran Perlembagaan berhubung 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1). 
  • Mereka mendakwa peruntukan itu tidak sah kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama dan kuasa untuk menggubal undang-undang melibatkan perkara jenayah di bawah bidang kuasa Parlimen, manakala Dewan Undangan Negeri hanya diberi hak menggubal undang-undang berkaitan akidah Islam.

KUALA LUMPUR – Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid menafikan dirinya adalah sebahagian daripada gerakan liberal yang berhasrat menghalalkan arak zina, arak dan judi.

Nik Elin Zurina yang akan mencabar keabsahan Enakmen Jenayah Syariah Kelantan di Mahkamah Persekutuan juga menafikan beliau dibiayai atau disokong mana-mana organisasi.

Peguam kelahiran Kelantan itu menegaskan cabaran dikemukakannya itu adalah usaha secara persendirian.

Saya melakukan ini sendirian dengan peguam saya dan anak perempuan saya. Tiada siapa yang membiayai saya. Saya tidak mempunyai organisasi yang membiayai saya. Tiada organisasi yang menyokong saya,” katanya mengulas hantaran di Facebook yang dibuat peguam, Lukman Sheriff Alias bertajuk “Apabila Kumpulan Liberal Membantah”.

Nik Elin Zurina berkata hantaran Lukman Sheriff yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) itu seolah-olah cuba menimbulkan ketakutan awam terhadap kes mahkamah yang sedang berjalan.

“Kamu sepatutnya lebih tahu mengenai cabaran saya ini. Dan mengapa kamu meramalkan perintah Mahkamah Persekutuan? Adakah kamu pasti apa yang akan jadi hasilnya sebegitu? Adakah kamu telah melihat petisyen saya? Adakah saya meminta zina, arak, judi dihalalkan?,” katanya. 

Media sebelum ini melaporkan Nik Elin Zurina dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman mengemukakan cabaran Perlembagaan berhubung 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1). 

Mereka mendakwa peruntukan itu tidak sah kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama dan kuasa untuk menggubal undang-undang melibatkan perkara jenayah di bawah bidang kuasa Parlimen, manakala Dewan Undangan Negeri hanya diberi hak menggubal undang-undang berkaitan akidah Islam. 

Mengulas lanjut, Nik Elin Zurina berkata kes cabaran Enakmen Kanun Jenayah Syariah itu merupakan sesuatu yang mesti dilakukannya dan bukan untuk menyerang institusi terbabit. 

Sekarang ini tiada penyelarasan dalam sistem syariah kita di Malaysia. Bayangkan Mahkamah Selangor tak beri izin poligami, mereka perlu ke negeri lain dan kahwin. 

“Saya berharap kamu dapat hentikan semua ketakutan yang tidak masuk akal ini bahawa Islam diserang atau mahkamah sedang diserang,” katanya. 

The Merdeka Times pada 2 Ogos lalu memetik kenyataan Lukman Sheriff di Facebook bahawa Mahkamah Persekutuan akan mendengar cabaran terhadap undang-undang jenayah syariah Kelantan yang dikhuatiri bakal meruntuhkan undang-undang jenayah syariah negeri lain dalam masa sebulan dua ini.

Kebimbangan umat Islam itu, termasuk  bekas menteri agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan 2021 dalam kes Iki Putra Mubarrak lawan Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkenaan keabsahan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. 

Ini kerana natijah daripada keputusan mahkamah itu telah menetapkan bidang kuasa jenayah adalah bidang kuasa Persekutuan, bukan Negeri, kata Zulkifli dilaporkan sebagai berkata oleh media. 

Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan berkata, kes di Kelantan pada tahun lalu itu mengambil fakta kes Iki Putra dan akan mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan di mana impaknya amat besar kepada undang-undang syariah negeri lain, jika diputuskan tidak berperlembagaan. – The Merdeka Times 

Sumber: Nik Elin Nik Rashid | Facebook

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author