Connect with us

Antarabangsa

New Zealand tetapkan peraturan vape untuk belia

New Zealand telah menetapkan peraturan menggunakan vape baharu untuk mengehadkan golongan muda daripada rokok elektronik itu, Xinhua memetik Menteri Kesihatan Ayesha Verrall pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

New Zealand tetapkan peraturan vape untuk belia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • New Zealand telah menetapkan peraturan menggunakan vape baharu untuk mengehadkan golongan muda daripada rokok elektronik itu, Xinhua memetik Menteri Kesihatan Ayesha Verrall pada Isnin.
  • “Vape memerlukan mekanisme keselamatan kanak-kanak, dan nama seperti ‘gula kapas’ dan ‘donut jeli strawberi’ akan diharamkan,” katanya sambil menambah hanya nama generik yang menerangkan perisa dengan tepat boleh digunakan seperti “beri”.
  • Peraturan itu, yang akan berkuat kuasa pada 21 Sept, mensyaratkan hanya vape yang mempunyai bateri boleh tanggal yang menjadikannya lebih selamat dibenarkan dijual di New Zealand.

WELLINGTON: New Zealand telah menetapkan peraturan menggunakan vape baharu untuk mengehadkan golongan muda daripada rokok elektronik itu, Xinhua memetik Menteri Kesihatan Ayesha Verrall pada Isnin.

Vape hendaklah berada sejauh mungkin daripada fikiran dan capaian kanak-kanak dan golongan muda, jadi mana-mana lokasi dalam lingkungan 300 meter (m) dari sekolah dan pusat tumpuan masyarakat, Marae akan dilarang daripada kedai vape yang baharu, kata Verrall.

“Vape memerlukan mekanisme keselamatan kanak-kanak, dan nama seperti ‘gula kapas’ dan ‘donut jeli strawberi’ akan diharamkan,” katanya sambil menambah hanya nama generik yang menerangkan perisa dengan tepat boleh digunakan seperti “beri”.

Peraturan baharu itu menetapkan paras nikotin maksimum untuk mengimbangi keperluan nikotin yang mencukupi untuk menjadi peranti berhenti merokok yang berkesan selain mengehadkan risiko ketagihan nikotin, terutamanya untuk golongan muda kata menteri itu.

Peraturan itu, yang akan berkuat kuasa pada 21 Sept, mensyaratkan hanya vape yang mempunyai bateri boleh tanggal yang menjadikannya lebih selamat dibenarkan dijual di New Zealand.

“Kami mencipta masa depan di mana produk tembakau tidak lagi ketagihan, menarik, atau mudah didapati, dan perkara yang sama perlu berlaku untuk rokok elektronik,” kata Verrall.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending