Connect with us

Terkini

Nafi hak wakil rakyat ‘mentaliti lapuk’, mundurkan negara – Dr Zulkifli Al-Bakri

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu membuang ego masing-masing dengan berganding bahu membela dan menjaga kebajikan rakyat pada tahap tertinggi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Nafi hak wakil rakyat ‘mentaliti lapuk’, mundurkan negara – Dr Zulkifli Al-Bakri
Foto: Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
  • Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu membuang ego masing-masing dengan berganding bahu membela dan menjaga kebajikan rakyat pada tahap tertinggi.
  • Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata ketika ini bukanlah tentang ‘aku’ yang boleh, namun ‘kita’ dengan kerjasama yang erat boleh membantu rakyat dan memacu negara ke arah terbilang. 
  • Katanya, kesemua pemimpin politik perlu kembali berpegang kepada semangat federalisme, sekaligus mengetepikan  ego kepartian yang membusuk.
  • “Peruntukan itu juga adalah hak rakyat di mana wakil rakyat bertindak sebagai khadam dan berkhidmat untuk rakyat. Jika hak itu pun sudah dinafikan atau ada ura-ura untuk menafikan, itu adalah mentaliti lapuk yang akan memundurkan negara,” katanya menerusi laman web Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan tajuk, ‘Apa Selepas PRN?’ pada Isnin lalu. 

KUALA LUMPUR — Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu membuang ego masing-masing dengan berganding bahu membela dan menjaga kebajikan rakyat pada tahap tertinggi.

Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata ketika ini bukanlah tentang ‘aku’ yang boleh, namun ‘kita’ dengan kerjasama yang erat boleh membantu rakyat dan memacu negara ke arah terbilang. 

Katanya, kesemua pemimpin politik perlu kembali berpegang kepada semangat federalisme, sekali gus mengetepikan  ego kepartian yang membusuk.

“Hak wakil rakyat daripada kerajaan dan pembangkang hendaklah diberikan dengan saksama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, ini bagi memudahkan mereka melaksanakan fungsi dan tugas wakil rakyat dengan lebih berkesan. 

“Peruntukan itu juga adalah hak rakyat di mana wakil rakyat bertindak sebagai khadam dan berkhidmat untuk rakyat. 

“Jika hak itu pun sudah dinafikan atau ada ura-ura untuk menafikan, itu adalah mentaliti lapuk yang akan memundurkan negara,” katanya menerusi laman web Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan tajuk, ‘Apa Selepas PRN?’ pada Isnin lalu. 

Zulkifli yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan turut mengingatkan pemimpin agar tidak sesekali mengabaikan hak rakyat, khususnya kelompok miskin, lemah, ditindas, sakit dan yang memerlukan bantuan.

Katanya, sekiranya insiden itu berlaku pemimpin akan disoal di hadapan Allah SWT atas sebab pengabaian hak rakyat.

“Jangan lama berbulan madu, kemenangan diraih hendaklah disyukuri tetapi jangan kita leka dan asyik sehingga mengambil tempoh lama untuk meraikan kemenangan yang akhirnya kita terperangkap dengan kemenangan itu sendiri tanpa melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya. Ini terjadi kepada ramai orang. 

“Jika tidak diberi kesedaran maka seolah-olah kemenangan dan amanah dimiliki sebagai kemuliaan sebaliknya, hakikat sebenar jawatan ini sebagai bebanan yang akan ditanya dan disoal di hadapan Allah SWT di akhirat kelak,” katanya. — The Merdeka Times

Sumber : Laman web Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *