Connect with us

Antarabangsa

Miliki lebih sejuta imej dera kanak-kanak, jururawat lelaki pedofil elak hukuman penjara

Seorang bekas jururawat berdaftar di Vancouver, Kanada yang bekerja dengan kanak-kanak dan belia didapati bersalah memiliki lebih sejuta imej dan 15,000 video kanak-kanak yang didera secara seksual.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Miliki lebih sejuta imej dera kanak-kanak, jururawat lelaki pedofil elak hukuman penjara
Foto: Bekas jururawat Pedofil, Derek Paul Roelofsen.
  • Seorang bekas jururawat berdaftar di Vancouver, Kanada yang bekerja dengan kanak-kanak dan belia didapati bersalah memiliki lebih sejuta imej dan 15,000 video kanak-kanak yang didera secara seksual. 
  • Walaupun merujuk kepada dirinya sebagai “pedofil” dan memiliki koleksi besar kandungan lucah melibatkan kanak-kanak bawah umur, Derek Paul Roelofsen, 45, dibebaskan dengan hukuman bersyarat 12 bulan dan tiga tahun percubaan oleh Hakim Mahkamah Wilayah Vancouver.
  • Menurut laporan Reduxx, simpanan besar bahan penderaan seksual kanak-kanak dalam milikan Derek mula terbongkar pada 2021 selepas penyedia perkhidmatan komunikasi menyedari mesej tentang kanak-kanak dicabul dan melaporkannya kepada Jabatan Polis Vancouver.

Seorang bekas jururawat berdaftar di Vancouver, Kanada yang bekerja dengan kanak-kanak dan belia didapati bersalah memiliki lebih sejuta imej dan 15,000 video kanak-kanak yang didera secara seksual. 

Walaupun merujuk kepada dirinya sebagai “pedofil” dan memiliki koleksi besar kandungan lucah melibatkan kanak-kanak bawah umur, Derek Paul Roelofsen, 45, dibebaskan dengan hukuman bersyarat 12 bulan dan tiga tahun percubaan oleh Hakim Mahkamah Wilayah Vancouver.

Menurut laporan Reduxx, simpanan besar bahan penderaan seksual kanak-kanak dalam milikan Derek mula terbongkar pada 2021 selepas penyedia perkhidmatan komunikasi menyedari mesej tentang kanak-kanak dicabul dan melaporkannya kepada Jabatan Polis Vancouver.

Laporan tempatan mengenai kes mahkamah dari Vancouver is Awesome menyatakan komunikasi Derek dengan individu lain mengandungi “keganasan seksual yang menjengkelkan melibatkan kanak-kanak”.

Derek didakwa memiliki bahan pornografi kanak-kanak; membuat, mencetak, menerbitkan atau memiliki pornografi kanak-kanak untuk tujuan penerbitan; dan memiliki pornografi kanak-kanak untuk dihantar, disediakan atau diedarkan. 

Pada 5 Mei tahun lalu, suspek dilaporkan mengaku bersalah di atas pertuduhan pertama.

Semasa prosiding undang-undang, mahkamah berulang kali diberitahu walaupun Derek merujuk dirinya sebagai pedofil, dia menafikan pernah melakukan hubungan seksual dengan seorang kanak-kanak.

Derek sebelum ini bekerja dengan kanak-kanak bawah umur dalam peranannya untuk Pihak Berkuasa Kesihatan Pantai Vancouver dan terlibat dalam penyelidikan, pembangunan dasar dan program serta pengajaran bengkel pendidikan seksual yang ditujukan kepada kanak-kanak lelaki dan lelaki muda.

Sumber: Reduxx

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *