Connect with us

Terkini

MCCBCHST jangan ganggu dan campur tangan urusan Islam – MAPIM

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyelar tindakan Majlis Perundingan Agama Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) yang menolak pengajian penghayatan hadis 40 Imam Nawawi di sekolah dan mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Wartawan TMT

Published

on

MCCBCHST jangan ganggu dan campur tangan urusan Islam – MAPIM
Foto: Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid.
  • Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyelar tindakan Majlis Perundingan Agama Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) menolak pengajian penghayatan hadis 40 Imam Nawawi di sekolah dan mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
  • Menurut Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid pertubuhan itu tidak berhak mempersoalkan usaha Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memupuk ilmu dan nilai Islam yang betul kepada pelajar beragama Islam dengan merujuk kepada al-Quran dan hadis.
  • “Kami ingin mengingatkan kepada pihak berkenaan jangan cuba mengganggu dan campur tangan dalam urusan Islam di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • MCCBCHST berkata, bahawa Perkara 12(2) dan Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan menghalang rakyat Malaysia menerima arahan dalam mana-mana agama selain agama mereka.
  • Majlis perundingan agama itu berkata kerajaan dan menteri pendidikan mesti berpandukan perlembagaan dan tidak membenarkan agama mempengaruhi dasar pendidikan.

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyelar tindakan Majlis Perundingan Agama Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) yang menolak pengajian penghayatan hadis 40 Imam Nawawi di sekolah dan mendakwa ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid pertubuhan itu tidak berhak mempersoalkan usaha Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memupuk ilmu dan nilai Islam yang betul kepada pelajar beragama Islam dengan merujuk kepada al-Quran dan hadis.

Beliau berkata, kenyataan MCCBCHST bahawa Islam harus terbatas hanya kepada urusan peribadi dan majlis rasmi yang bersifat “ceremonial” semata-mata, jelas menunjukkan cuba campur tangan dalam hal ehwal dan pengajian Islam.

“Kami ingin mengingatkan kepada pihak berkenaan jangan cuba mengganggu dan campur tangan dalam urusan Islam di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, MCCBCHST menyatakan kebimbangan mendalam terhadap kemungkinan pelajar bukan Islam perlu mempelajari Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.

MCCBCHST berkata, bahawa Perkara 12(2) dan Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan menghalang rakyat Malaysia menerima arahan dalam mana-mana agama selain agama mereka.

Kumpulan itu berkata, kerajaan dan menteri pendidikan mesti berpandukan perlembagaan dan tidak membenarkan agama mempengaruhi dasar pendidikan.

Mengulas lanjut, Mohd Azmi berkata, pendidikan Islam yang berteraskan pengajian al-Quran dan hadis sebati dalam pendidikan Islam untuk melahirkan pelajar Muslim berakhlak mulia dan insan berintegriti.

Katanya, ugutan pihak berkenaan mahu mengambil tindakan undang-undang jika penggunaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dijadikan pengajian untuk pelajar Islam adalah provokasi yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Kami akan mengambil tindakan undang-undang kerana MCCBCHST cuba mencabar kuasa pihak agama Islam apabila menuntut Islam hanya agama terikat sebagai ritual dan untuk acara rasmi semata-mata.

“Mereka mencabar pihak berkuasa pendidikan negara yang mahu menerapkan rujukan Islam dalam sistem pendidikan. Bantahan itu nampaknya sangat jelas mahu mempersoalkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya.

Sehubungan itu, MAPIM menuntut MCCBCHST menarik balik kenyataannya dan menghentikan sebarang kempen senyap untuk mempersoalkan kedudukan Islam di negara ini.

Sumber: Buletin TV3

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending