Connect with us

Antarabangsa

Malaysia-Iran sepakat tingkatkan hubungan dua hala

Malaysia dan Iran sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala dua negara khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu.

Wartawan TMT

Published

on

Malaysia-Iran sepakat tingkatkan hubungan dua hala
Foto: Presiden Republik Islam Iran, Seyyed Ebrahim Raisi (kiri) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Malaysia dan Iran sepakat meningkatkan hubungan dua hala dua negara khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan komitmen itu bersama Presiden Republik Islam Iran, Seyyed Ebrahim Raisi, dalam perbualan melalui telefon, pada Selasa (22 Ogos).
  • Berdasarkan perbualan itu, Perdana Menteri menyifatkan Iran sebagai rakan baik, selain memutuskan untuk meningkatkan hubungan dua hala berikutan republik itu adalah rakan kongsi yang penting dalam kalangan dunia Islam.
  • Seyed Ebrahim, pula melalui jurubahasa, menyatakan keyakinan bahawa keazaman dua negara mempromosikan dan meluaskan hubungan dua hala termasuk dalam aspek ekonomi akan memberi limpahan kemakmurannya.

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Iran sepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala dua negara khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan komitmen itu bersama Presiden Republik Islam Iran, Seyyed Ebrahim Raisi, dalam perbualan melalui telefon, pada Selasa (22 Ogos).

“Malaysia dan Iran juga bersetuju supaya dua jawatankuasa bersama sedia antara dua negara itu antaranya berkaitan aspek ekonomi mengadakan pertemuan dengan kadar segera bagi menghalusi semua potensi skop kerjasama.

“Dua jawatankuasa itu membabitkan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama dan Suruhanjaya Ekonomi Bersama,” katanya berdasarkan kenyataan, di Facebook.

Perdana Menteri turut memuat naik video perbualan berdurasi 2 minit 20 saat bersama Seyyed Ebrahim.

Perbualan itu berlangsung sejurus tamatnya kunjungan hormat Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kepada Seyyed Ebrahim, di Tehran.

Berdasarkan perbualan itu, Perdana Menteri turut menyifatkan Iran sebagai rakan baik, selain memutuskan untuk meningkatkan hubungan dua hala berikutan republik itu adalah rakan kongsi yang penting dalam kalangan dunia Islam.

Perdana Menteri juga memberikan jaminan akan membuat perbincangan susulan bersama Zambry, selain memastikan suruhanjaya itu diberikan keutamaan.

Sementara itu, Seyed Ebrahim, pula melalui jurubahasa, menyatakan keyakinan bahawa keazaman dua negara untuk mempromosikan dan meluaskan hubungan dua hala termasuk dalam aspek ekonomi akan memberi limpahan kemakmurannya.

Sebelum ini, Zambry melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Iran pada Ahad lalu atas jemputan rakan sejawatnya, Hossein Amirabdollahian.

Zambry turut bertemu pemimpin tertinggi Iran termasuk Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending