Connect with us

Terkini

Makkah dilanda ribut, menara jam disambar kilat

Suasana di Masjidil Haram bertukar panik seketika apabila ribut petir dan hujan lebat melanda Makkah dan kawasan sekitarnya secara tiba-tiba pada waktu Maghrib, semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Makkah dilanda ribut, menara jam disambar kilat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Suasana di Masjidil Haram bertukar panik seketika apabila ribut petir dan hujan lebat melanda Makkah dan kawasan sekitarnya secara tiba-tiba pada waktu Maghrib, semalam.
  • Berdasarkan video tular dikongsi di laman sosial, jemaah yang sedang bersiap sedia menunaikan solat Maghrib dilihat cemas akibat ditiup angin kencang.
  • Dilaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang (waktu tempatan) memaksa jemaah yang sedang menunaikan umrah dan solat di kawasan sekitar Masjidil Haram lari bertempiaran mencari perlindungan.
  • Menurut seorang jemaah Malaysia, Zubir Mohd Yunus ketika dihubungi BH, ribut kuat disusuli hujan ais berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari Taif menuju ke Makkah.
  • “Rombongan bas kami terpaksa berhenti beberapa kali kerana keadaan berbahaya,” katanya. 
  • Tular juga video menunjukkan kilat menyambar menara jam Abraj Al-Bait yang dikenali sebagai Menara Jam Makkah.

MAKKAH: Suasana di Masjidil Haram bertukar panik seketika apabila ribut petir dan hujan lebat melanda Makkah dan kawasan sekitarnya secara tiba-tiba pada waktu Maghrib, semalam.

Berdasarkan video tular yang dikongsi di laman sosial, jemaah yang sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib dilihat cemas akibat ditiup angin kencang.

Pada masa sama, penghadang di pekarangan Masjidil Haram turut diterbangkan oleh angin kuat.

Dilaporkan, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang (waktu tempatan) memaksa jemaah yang sedang menunaikan umrah dan solat di kawasan sekitar Masjidil Haram lari bertempiaran mencari perlindungan.

Menurut seorang jemaah Malaysia, Zubir Mohd Yunus ketika dihubungi BH, ribut kuat disusuli hujan ais berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari Taif menuju ke Makkah.

“Rombongan bas kami terpaksa berhenti beberapa kali kerana keadaan berbahaya.

“Bagaimanapun, kami selamat tiba di Makkah jam 8.30 malam. Keadaan di kota Makkah ditenggelami air hujan dan jalan begitu sesak,” katanya yang sedang menunaikan umrah selama dua minggu di kota suci itu.

Sementara itu, menurut penduduk, ribut petir itu disifatkan antara yang terburuk selepas kejadian ribut yang menyebabkan tragedi kren tumbang pada tahun 2015.

Tular juga satu video yang menunjukkan kilat menyambar menara jam Abraj Al-Bait yang dikenali sebagai Menara Jam Makkah.

Fenomena itu berjaya dirakam orang ramai dan tular di media sosial.

Pihak berkuasa tempatan menyifatkan, hujan ribut berkenaan sebagai rahmat untuk Makkah kerana suhu di seluruh wilayah di Arab Saudi ketika ini semakin meningkat.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending