Antarabangsa
Lelaki didakwa lebih 1,600 pertuduhan penderaan kanak-kanak, termasuk 136 tuduhan rogol
Seorang bekas pekerja penjagaan kanak-kanak yang dituduh menyerang 91 kanak-kanak di dua negeri di Australia, didakwa atas 1,623 kesalahan penderaan kanak-kanak, termasuk 136 pertuduhan merogol gadis pra-remaja.
- Seorang bekas pekerja penjagaan kanak-kanak yang dituduh menyerang 91 kanak-kanak di dua negeri di Australia, didakwa atas 1,623 kesalahan penderaan kanak-kanak, termasuk 136 pertuduhan merogol gadis pra-remaja.
- Kesalahan lelaki berasal dari Gold Coast itu didakwa berkaitan dengan 87 kanak-kanak di Australia dan empat di luar negara membabitkan 110 pertuduhan melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.
- Polis mendakwa lelaki berusia 45 tahun itu melakukan kesalahan terbabit di 10 pusat jagaan kanak-kanak di Brisbane antara 2007 hingga 2013 dan 2018 hingga 2022.
- Lelaki itu selanjutnya didakwa melakukan kesalahan di sebuah pusat di Sydney antara 2014 hingga 2017 serta di luar negara antara 2013 hingga 2014.
- Penolong Pesuruhjaya Persekutuan Polis Australia, Justine Gough pada Selasa menyifatkan dakwaan kesalahan melibatkan kanak-kanak perempuan pra-remaja itu sebagai “tidak dapat diduga” dan “berita menyeramkan”.
Seorang bekas pekerja penjagaan kanak-kanak yang dituduh menyerang 91 kanak-kanak di dua negeri di Australia, didakwa atas 1,623 kesalahan penderaan kanak-kanak, termasuk 136 pertuduhan merogol gadis pra-remaja.
Kesalahan lelaki berasal dari Gold Coast itu didakwa berkaitan dengan 87 kanak-kanak di Australia dan empat di luar negara serta 110 pertuduhan melakukan hubungan seksual dengan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.
Polis mendakwa lelaki berusia 45 tahun itu melakukan kesalahan terbabit di 10 pusat jagaan kanak-kanak di Brisbane antara 2007 hingga 2013 dan 2018 hingga 2022.
Lelaki itu selanjutnya didakwa melakukan kesalahan di sebuah pusat di Sydney antara 2014 hingga 2017 serta di luar negara antara 2013 hingga 2014.
Penolong Pesuruhjaya Persekutuan Polis Australia, Justine Gough berkata lelaki itu didakwa merakam kesalahan itu pada telefon dan kameranya.
Beliau pada Selasa menyifatkan dakwaan kesalahan yang kesemuanya melibatkan kanak-kanak perempuan pra-remaja itu sebagai “tidak dapat diduga” dan “berita menyeramkan”.
“Kami amat yakin bahawa kesemua 87 kanak-kanak Australia yang direkodkan dalam dakwaan bahan penderaan kanak-kanak telah dikenal pasti,” kata Gough dipetik news.com.au.
“Ibu bapa kepada semua kanak-kanak Australia yang direkodkan dalam bahan yang dikatakan penderaan kanak-kanak telah dimaklumkan mengenai siasatan.
“Beberapa individu yang dikenal pasti dalam bahan yang dikatakan penderaan kanak-kanak kini berusia lebih 18 tahun dan telah dimaklumkan,” kata penolong pesuruhjaya polis wanita itu.
Beliau berkata pegawai masih bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang luar negara untuk menentukan identiti empat lagi kanak-kanak.
Polis mendakwa empat kanak-kanak itu didera di lokasi di luar negara tetapi tidak menyatakan di mana, sementara siasatan diteruskan.
Sumber: News Wire
Antarabangsa
Israel rekrut pelarian Afrika, janji status penempatan tetap
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
- Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
- Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
- Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
- Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Israel merekrut pelarian Afrika untuk operasi berisiko tinggi di Gaza sebagai pertukaran untuk status penempatan tetap di negara itu, demikian menurut sumber.
Pegawai pertahanan memberitahu Haaretz bahawa projek itu dijalankan di bawah bimbingan penasihat undang-undang badan pertahanan dengan cara teratur.
Terdapat kira-kira 30,000 pencari suaka Afrika di Israel yang berdepan tekanan meningkat daripada ahli politik anti-imigran, termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang sering merujuk mereka sebagai “penyusup”.
Seorang lelaki ditemu bual Haaretz yang akhirnya memilih untuk tidak menyertai tentera menceritakan kisahnya didekati pegawai keselamatan untuk melibatkannya dalam peperangan.
Pegawai itu menjelaskan selepas tempoh latihan dua minggu, dia akan dikerahkan bersama pencari suaka lain.
“Saya bertanya, ‘apa yang saya dapat?’ walaupun sebenarnya saya tidak mencari apa-apa.
“Tetapi kemudian dia memberitahu saya: ‘Jika awak ikut jalan ini, awak boleh menerima dokumen daripada negara Israel.’ Dia meminta saya menghantar salinan fotokopi kad pengenalan saya dan berkata dia akan menguruskan perkara itu,” kata lelaki dikenali sebagai A dipetik Middle East Eye.
Menurut Haaretz, tiada seorang pun pencari suaka yang menyertai usaha perang itu telah diberikan status rasmi setakat ini dan sumber pertahanan menyatakan isu etika berkaitan perekrutan pencari suaka belum ditangani.
Laporan itu menyebut pencari suaka digunakan dalam pelbagai operasi, memetik sumber ketenteraan.
Haaretz juga melaporkan “cara bagaimana tentera Israel mengerahkan pencari suaka dilarang untuk diterbitkan” kerana sekatan yang dikenakan penapisan tentera Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM – PKPU
-
Terkini4 days ago
Kajian GISBH sudah dibentang kepada JAKIM, tapi tiada tindakan – Dr Maza
-
Terkini4 days ago
GISB: Anwar arah pihak berkuasa, majlis agama segera siasat, ambil tindakan
-
Antarabangsa4 days ago
The Bibi Files: Netanyahu gagal sekat tayangan dokumentari salah lakunya