Antarabangsa
Lebih 100 individu ‘homoseks’ ditahan dalam upacara perkahwinan sejenis
Polis Nigeria menahan lebih 100 individu didakwa homoseksual yang menghadiri satu upacara perkahwinan sejenis di Delta State di negara itu.

- Polis Nigeria menahan lebih 100 individu didakwa homoseksual yang menghadiri satu upacara perkahwinan sejenis di Delta State di negara itu.
- “Pasukan Polis Delta State telah menahan lebih seratus suspek gay di sebuah hotel yang mengadakan majlis perkahwinan gay,” demikian menurut agensi penguatkuasaan undang-undang negeri itu dalam kenyataan disiarkan di platform X.
- Pihak berkuasa juga mengeluarkan amaran mereka tidak akan bertolak ansur kepada golongan LGBTQ yang secara terbuka menampilkan orientasi seksual mereka di negara Afrika Barat itu.
- Akta Larangan Perkahwinan Sesama Jantina Nigeria 2013 menetapkan hukuman 14 tahun penjara ke atas mereka yang didapati bersalah, manakala individu mentadbir, menyaksikan atau membantu akad nikah sesama jantina di negara paling ramai penduduk di Afrika itu pula berpotensi menghadapi hukuman penjara 10 tahun.
Polis Nigeria menahan lebih 100 individu didakwa homoseksual yang menghadiri satu upacara perkahwinan sejenis di Delta State di negara itu.
“Pasukan Polis Delta State telah menahan lebih seratus suspek gay di sebuah hotel yang mengadakan majlis perkahwinan gay,” demikian menurut agensi penguatkuasaan undang-undang negeri itu dalam kenyataan disiarkan di X (dahulunya Twitter) dipetik RT.
Jurucakap Pasukan Polis Delta State, Bright Edafe berkata mereka menerima maklumat berkenaan majlis perkahwinan dua lelaki gay itu di sebuah hotel di bandar selatan Ekpan.
Edafe di Facebook live pada Selasa menjelaskan bahawa pasukan polis menyerbu hotel itu pada Isnin, sambil menunjukkan 67 suspek homoseks yang ditahan di Ibu pejabat polis Asaba.
Pihak berkuasa juga mengeluarkan amaran mereka tidak akan bertolak ansur kepada golongan LGBTQ yang secara terbuka menampilkan orientasi seksual mereka di negara Afrika Barat itu.
Akta Larangan Perkahwinan Sesama Jantina Nigeria 2013 menetapkan hukuman 14 tahun penjara ke atas mereka yang didapati bersalah.
Individu yang mentadbir, menyaksikan atau membantu akad nikah sesama jantina di negara paling ramai penduduk di Afrika itu pula berpotensi menghadapi hukuman penjara 10 tahun.
Pada Disember tahun lalu, polis menahan 19 individu, dituduh menganjurkan perkahwinan gay di utara bandar Kano.
Sumber: RT
