Connect with us

Antarabangsa

Lakukan hubungan sejenis, rakyat Uganda pertama didakwa bawah undang-undang anti-LGBTQ

Seorang lelaki berusia 20 tahun menjadi rakyat Uganda yang pertama didakwa atas tuduhan melakukan hubungan seks sejenis.

Wartawan TMT

Published

on

Lakukan hubungan sejenis, rakyat Uganda pertama didakwa bawah undang-undang anti-LGBTQ
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki berusia 20 tahun menjadi rakyat Uganda yang pertama didakwa atas tuduhan melakukan hubungan seks sejenis.
  • Menurut pendakwa raya dan peguam, ia merupakan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati di bawah undang-undang anti lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) yang digubal baru-baru ini.
  • Walaupun menerima kecaman hebat daripada negara Barat dan organisasi hak asasi manusia, Uganda tetap menggubal undang-undang paling tegas di dunia pada Mei lalu.
  • Berdasarkan kertas pertuduhan, defendan didakwa atas kesalahan itu pada 18 Ogos lalu selepas dituduh melakukan hubungan seksual yang melanggar undang-undang dengan seorang lelaki berusia 41 tahun.

KAMPALA: Seorang lelaki berusia 20 tahun menjadi rakyat Uganda yang pertama didakwa atas tuduhan melakukan hubungan seks sejenis.

Menurut pendakwa raya dan peguam, ia merupakan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati di bawah undang-undang anti lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) yang digubal baru-baru ini.

Walaupun menerima kecaman hebat daripada negara Barat dan organisasi hak asasi manusia, Uganda tetap menggubal undang-undang paling tegas di dunia pada Mei lalu.

Undang-undang baharu itu menetapkan hukuman mati bagi kesalahan hubungan seks lelaki dengan lelaki (homoseksual) yang teruk.

Berdasarkan kertas pertuduhan, defendan didakwa atas kesalahan itu pada 18 Ogos lalu selepas dituduh melakukan hubungan seksual yang melanggar undang-undang dengan seorang lelaki berusia 41 tahun.

Bagaimanapun, kertas pertuduhan itu tidak mendedahkan butiran terperinci termasuk alasan perbuatan itu yang dianggap teruk.

“Memandangkan ia merupakan kesalahan yang boleh dibicarakan di mahkamah tinggi, pertuduhan itu dibacakan dan diterangkan kepada defendan ketika berada di mahkamah majistret pada 18 Ogos lalu.

“Malah, lelaki itu sudah direman,” jurucakap pejabat pendakwa raya, Jacqueline Okui.

Okui tidak mendedahkan maklumat lanjut berkaitan kes tersebut.

Jurucakap itu memaklumkan dia tidak pasti sama ada individu lain sebelum ini pernah didakwa atas kesalahan melakukan kesalahan hubungan seks sejenis yang teruk.

Sementara itu, peguambela defendan, Justine Balya berkata, beliau menyifatkan undang-undang anti-LGBTQ itu tidak berperlembagaan.

Balya memberitahu empat lagi individu didakwa dibawah undang-undang itu sejak dikuatkuasakan.

Namun, katanya, anak guamnya merupakan warga pertama didakwa atas kesalahan tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci mengenai kes berkenaan. – REUTERS

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending