Terkini
KPM kurang penyelarasan dalam isu modul hadis di sekolah – Dong Jiao Zong
Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) mendakwa terdapat kekurangan penyelarasan dalam Kementerian Pendidikan membabitkan isu pengenalan modul hadis di sekolah.

- Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) mendakwa terdapat kekurangan penyelarasan dalam Kementerian Pendidikan membabitkan isu pengenalan modul hadis di sekolah.
- Media sebelum ini melaporkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan di sekolah menengah agama kerajaan sebelum diperluaskan kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan pada tahun depan.
- Dong Jiao Zong mendakwa kenyataan Menteri Pendidikan dan timbalannya serta pegawai tugas-tugas khas Hui Ying menunjukkan kekurangan penyelarasan dalam kementerian berhubung isu itu.
- Katanya, situasi itu membuatkan orang ramai keliru dan meningkatkan kebimbangan sosial.
KUALA LUMPUR – Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong) mendakwa terdapat kekurangan penyelarasan dalam Kementerian Pendidikan membabitkan isu pengenalan modul hadis di sekolah.
Media sebelum ini melaporkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan di sekolah menengah agama kerajaan sebelum diperluaskan kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan pada tahun depan.
“Selama ini, pelajar Islam di sekolah kebangsaan mengikuti kelas agama, manakala pelajar bukan Islam mengikuti kelas pendidikan moral, ini adalah dasar yang telah dilaksanakan bertahun-tahun.
“Untuk itu, Kementerian Pendidikan perlu mengeluarkan arahan jelas bahawa (moduł penghayatan) “40 Hadith” di sekolah kebangsaan hanya dilaksanakan dałam kelas agama, memastikan pelajar bukan Islam tidak terlibat, bagi menghilangkan keraguan orang ramai,” kata Dong Jiao Zong dalam kenyataan rasminya di sini semalam.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying dan Pegawai Tugas-Tugas Khasnya, Lim Swee Kuan pula telah memberi penjelasan bahawa modul hadis itu hanya melibatkan pelajar Muslim sahaja.
Dong Jiao Zong mendakwa kenyataan Menteri Pendidikan dan timbalannya serta pegawai tugas-tugas khas Hui Ying menunjukkan kekurangan penyelarasan dalam kementerian berhubung isu itu.
Katanya, situasi itu membuatkan orang ramai keliru dan meningkatkan kebimbangan sosial. – The Merdeka Times
Sumber: Laman Rasmi Jiao Zong
